Friday, March 6, 2015

Apa khabar eczema ku?

Assalamualaikum...

Lama kan aku tak bercerita dalam blog ni... Fuhh.. jenuh vacuum sawang sane sini. Hehe...

UPDATE on eczema. Ingat tak aku pernah warded sebab eczema dulu tu? Kengkonon... lepas dah beribu2 abis dok spital mahal.. semua selesai la. hmmmm... SEKEJAP AJE. Kenapa? Sejak aku makan prednisolone tu.... berat aku naik 5kg dalam masa 2 minggu. GILA! Aku ni dahla bukan jenis cecomel. Kenaikan 5kg tu umpama nightmare tau tak? Makanye... aku decide utk stop. Ye la.. tengok eczema nye dah ok... aku pon dah aman2 saje... okla kot kan.

TAK OK tau tak? Few days lepas aku stop... eczema tu jadi balik and even worse! tapi this time aku taknak mengalah dah. Takkan aku nak bergantung sepenuhnye dengan steroid tu. So bermulalah semula pencarian aku... mencuba macam2.

Mula2 aku cuba MOOGOO. ISB, Udder, MSM, Scalp Cream... semua range aku dh try. Bukan tak elok. Tapi tak tahan beb. Moogoo ni... aku kene apply SENTIASA. gila! satu tube yang paling murah is Udder Cream. Tu pon tahap paling murah dia ialah RM30++. Ko bayangkanla yg lelain. Aku habiskan segala tok nenek krim tu dlm tempoh 2 minggu RM300+.  Adeh... tokey balak pon bole jual lori camni.

Takleh jadi. Aku cuba pulak Derma-X dari House of Healin yang anak2 aku pakai dulu. Arrggghhh... TAK TAHAN. bukan tak tahan apa... tak tahan merenyam n pedih. Masa first time pakai memang gile tak tahan. SILAP. sebab aku apply th whole tangan. jenuhla nak tahan pedih n merenyam tu. sudahnye aku basuh n pakai moogoo je. The next day aku cuba lagi. Kali ni aku sapu dkt 1 bahagian je. So manageable la merenyam dia tu. The next day buat lagi. But tambah lagi area. So area yg pakai semalam dah tak merenyam. Yang aku extend sket arini je yg merenyam. So aku buat sikit2 sampaila the whole area.

Healin ni aku notice masa pakai first time... memang merenyam n pedih. Masa tu memang kene tahan sungguh2. But esoknye... bila pakai lagi.. dah ok. tak pedih dah. Cuma kene tahan diri dari kopek2 kulit tu. Tu yg masa aku bawak anak2 jumpa Prof Hassan (founder House of Healin ni) ... dia suruh apply vaseline lepas few hours pakai Derma-X. sebab lepas pakai tu.. kita akan rasa merenyam gatal sbb kulit mati tu nak tanggal. Tapi aku tak kuasala kan nak berminyak2 pakai vaseline tu. So aku pakai je la mane2 lotion yang  ada kt umah tu. Rosken Skin Repair je la aku taram. Okla.

So kesudahannye... aku terus pakai Derma-X selama beberapa minggu... dan alhamdulillah.. Now aku dah bole baking cakes semula!

 BEFORE - months ago
psstt.. gambo ni MILD je... saje taknak post yg masa tgh teruk. kang ngeri lak. ni takat mengelupas manja je ni.... merah2 sikit..


NOW - after using Derma-X for few weeks


Friday, August 22, 2014

Happy 9th Anniversay Abang..

9 tahun yang sempurna.

Assalamualaikum...

Untuk entry kali ni, korang jangan nak gelakkan aku pulak... kali ni kita 'dalam hati ada taman na..'

9 tahun kini usianya
Bermula dari ikatan yang mulia
Suka dan duka dilalui bersama
Mengharung badai membelah lautan
Mencari barakah dalam perkahwinan

Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Rajukmu adalah kelemahanku
Air matamu adalah kesedihanku

Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Kau mengingatkan pada alpaku
Kau penyuluh pada kegelapanku
Kau peneguh pada pandanganku

Dihati ini
Aku hanya ingin kau tahu
Betapa kasih sentiasa padamu
Betapa rindu sering bertamu
Mengharapkanmu sentiasa disisiku

Aku tahu
Bahawa dirimu
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah sekuat Hajar dan Sarah
Tidaklah setulus Zulaikha
Tidaklah secantik Balqis

Kerna
Aku jua tahu
Diriku tidak semulia Rasulullah SAW
Tidaklah seteguh Ibrahim
Tidaklah setampan Yusuf
Tidaklah sehebat Sulaiman

Namun
Kita hanyalah umat akhir zaman
Yang punya impian dan harapan
Agar dikurniakan keimanan dan ketaqwaan
Dianugerahkan keturunan yg soleh dan solehah
Buat bekalan di sana kelak

Ya Allah...
Hanya doa padaMu kumohon
Berikan kekuatan pada aku dan isteriku
Membina rumahtangga bahagia
Sehinggalah tiba masanya
Engkau menjemput kami pulang

Happy 9th Anniversary Sayang


20/08/2014 3.30 am baru terbaca. hehe.. Sori abang.. sibuk sangat layan anak-anak... hampir2 terlupa. Mujur bangun mengepam.. belek2 henpon baru perasan. 

9 tahun.. Lama ke? Kejap ke? Subjektif. Bersyukur dengan apa yang telah Allah rancang untuk kami. Abang.. you might not the best... but you are the best for me. Yang sudi layan celoteh tak henti2 ni.. yang membebel tak sudah2 untuk benda2 yang entah apa2. haha... itula kontra kita. Sorang relaxxxx aje.. sorang lagi.. semua nak kecoh. wakakaka.. 

Semoga Allah pelihara rumahtangga kita, beri petunjuk yang terbaik untuk kita, beri kesabaran yang tinggi buat kita sama-sama harungi segala dugaan. Semoga Allah jadikan anak-anak kita anak yang menjaga agamanya. Amin

Tuesday, August 12, 2014

Allergy test result...

Salam..

Baru je selesai buat follow up dengan Dr Noraziah Abdul Kadir Jailani. Dermathologist DEMC. Dapatkan keputusan ujian darah for allergy aritu.

   
the result







Okay.. tengok kat result tu... smua negative. klau ada pon mild sangat... kesimpulan yang doktor bagi...

There is no indication of an IgE-mediated reaction to the food allergens and the aeroallergens tested.
The low IgE level and the negative reaction to the allergens tested suggests that the clinical condition may be triggered by non-IgE non-immune mediated factors (non-allergic hypersensitivity) or other causes.

Adeh... mcm tak syiokkkk je... RM900 lebih ok aku buat test ni. Tapi tak membantu. Tak macam Abg Long dulu. Puas ati... terang2 stated very high allergy pada dustmites. Yang aku lak... doktor kata.. aku memang allergic to dustmites... tapi sbb buat test tu aku dh on medication.. so maybe result tu tak reliable. ala...  rugila. So dia tetap suggest untuk aku avoid seafood. Ok... aku tak avoid la.. aku take moderately... bole? hehe.. sbb memang seumur hidup.. tak pernah lak gatal2 lepas makan udang ke hape. kalau gatal2 lepas bergelumang dengan langsir ke hape... ha tu mmg selalu la. Tu pasal klau aku nak berkemas... memang aku berkemas sungguh2... pastu dh siap... cepat2 mandi. pastu dok diam2 macam puteri. jangan ngengada nk cuit2 lagi klau dah mandi bersih2 tu.

So... apa yang aku dapat kali ni? Hmm... ingatkan dah bole stop medication. sebab aku feeling2 dah siat kan. ye la.. sakit camni.. mane ada demam ke hape. so rasa cam tak perlu makan ubat. but doctor masih prescribe aku dengan prednisolone. Aku katala... ubat ni buat aku kuat makan. Yes. She admitted that. It does stimulate appetite. Alahai.... no wonder la aku ni rasa nak maaaaakan aje. Semangat sangat nak masak walau di hari kerja. Camne ni. Doktor prescribe for another 2 weeks. Pastu next follow up 2 weeks lagi. Entah apa lak dia nk bagi. But this time... aku nekad untuk teruskan dengan doktor. Serik weh... selama ni aku elak steroid... tapi berbulan2 aku tak bole buat apa2. Just imagine nak basuh pinggan pon tak bole. Let alone nak do all the cooking kan. So what is the point? Kasihan anak2 dan husband.

Mane aku nak? Kurus tapi eczema... or gemuk tapi kulit ok. haha... hard option wehhh... but seriously... memang ketara sangat selera makan aku melampau2. oleh kerana aku akan on steroid for few more weeks... aku kenela kawal selera aku sendiri. berat sekarang pon dah cecah 60... baru je feeling2 kurus aritu 55. adehh...


Friday, August 8, 2014

Kidsme Food Feeder for Ein

Salam..

Nak bagi review pasal satu produk inovatif yang aku suka. Food Feeder.





Sekarang ni ada brand lain gak rasa aku. Aku beli ni brand Kidsme ni la. Beli kt Lazada. Puas hati.





Ein in action. Mula2 beli masa dalam bulan puasa. So masa kitorang sibuk berbuka... dia bising nak kacau. Jadi aku pon sumbatla kurma penyek2 sket dlm puting tu. Kemain suka dia.. Tapi pastu aku tukarla. Bagi epal ke.. buah2 mild sket. Kurma tu memangla sunnah... tapi manis wehhh....

Food feeder ni.. klau time2 raya lak... aku sumbat je nasi impit penyek2 sikit dlm puting tu... dapatla makan nasi impit Ein raya tu. Tok Umi dia suka betul dengan puting tu. Excited dia nak bagi cucu dia jamah macam2... Aku macam perasan2 je Ein disumbat kuih bangkit. Hahaha... asal tak meragam perut... sikit2 xpela anak oi....

Eh lupa lak.. rege... aku beli kt lazada aritu RM30+. sekarang dah banyak brand... should be lagi murahla kan.... Jom membeli!

Edit sket... meh aku sumbat skali link klau nak membeli :

http://www.lazada.com.my/kidsme/

or ushar2 mende lain lak ..

http://www.lazada.com.my

ini kalau dapat voucher lazada ke... sedap gak kan tolong promote free ni. Haha..

  

Puree for Ein...

Salam..

Best tak tajuk? hehe... sekarang ni rajin pulak aku dok membuat makanan untuk Ein. Puree. setiap pagi... time kakak breakfast... aku akan suapkan Ein puree buah2 dulu. Pastu nanti kat taska.. ada gak ticer sediakan bubur nasi. so sehari... Ein akan makan 2 kali bubur kt taska.. n max 2 kali puree kt umah. Wahhh... banyak makan gak. Tapi since aku bagi puree buah... rasanye okla kot. bkn nestum or bubur nasi sentiasa. ala2 snack je kot

So far... aku dah buat puree Pear + Apple + avocado + pisang. mix n match la apa2.. tapi aku tambah avocado untuk kasi tone down sket kesedapan puree tu. Aku pernah puree kan pisang semata. Melalak2 tak cukup. Sedap snagat la kot. Lepas2 tu... aku adjust2 sket.. takleh sedap sangat.. kang dah terbiasa.. bagi bubur kosong taknak pulak.

Tips. Sila la beli hand blender. So handy la weh... serius... sangat2 mudah.. senang.. tak bulky..

aku beli yang ni. Brand Kenwood. Rege RM200++. Untuk umur2 6 bulan.. aku blend buah2 yg dah dikukus kejap guna hok blender tu je. Letak buah2 tu dalam bekas tinggi tu. Pastu blend je la sampai hancur. Memang hancur.... halus.. tak perlu tambah air. Bahagikan siap2 dlm beberapa tupperware kecik. Sejukkan jap dlm suhu bilik. Pastu zoom masuk freezer. Esok pagi nak makan... Malam ni turunkan satu bekas. Mudahkan?

Hok bekas yg satu lagi tu.... kalau perhatikan... ada blade dalam tu. Macam food chopper la. Tu pulak aku suka sangat2... sekarang... aku kupas siap2 segala jenis bawang... pastu masuk dalam food chopper tu. bezzz.. bezz... bape kali tekan punat je dh dapat minced onion. best gile. Semangat nak memasak berkobar2 weh... so dalam fridge ada 3 tupperware of minced shallot, minced garlic n minced onion. Minced eh.. bukan diced. Erk.. cili giling... ready made by makcik Puteri.

Eh... citer puree ke citer hand blender ni? Samala... satu scope kan...






Ini puree pear + avocado yg dikukus kejap. creamy n kurang manis.

pasni bole cuba tiru resipi off the shelves product Heinz. parsnip bagai. haha... aku kenal parsnip bila main game kt fb tu... Farm Ville eh nama dia? hehe


Tuesday, August 5, 2014

Alhamdulillah discharged akhirnye.

Salam..

 Hari.. 4 hari okay aku kebosanan di ward. Adakah berbaloi? Buat waktu ji berbaloila. Ilangla bengkak n merah kat tangan ni. Tapi bila pikir2 balik bape banyak steroid dah masuk dlm badan aku.. seriau la jugak.

Ye la.. selama ni mmg aku sebolehnye elakkan pkai steroid. Apa lagi sampai kene cucuk iv. Memang nak elak sangat2. Tapi kalau dah melarat2 sampai tak bole naknuruskan diri sendiri.. apatah lagi uruskan keluarga.. maka aku serahkanlah pada yang pakar. Dermathologist yang handle case aku.. Dr. Noraziah. The only dermathologist kat DEMC. Lembut n baik orangnye. Yela.. doktor swasta kenela lembut2. Bayar mahal xkan nak herdik2 lak kan.. kang masuk paper lak.

Setelah 4 hari jalani rutin di hospital.. dibantur nurses yang penyabar n lembut2 belaka. Arini aku sambung mc kat umah aje dengan dibekalkan seplastik besar segala ubatan. Orally n topical.

Ha.. nampak tu berapa banyak ubat dibekalkan sebelum keluar? Orally zyrtec n atarax combined twice a day. Zinnat as antibiotic twice a day and paling xtahan.. prednisolone 5mg tab 3 tabs 2 times a day. Smua ni bekalan for 1 week until next follow up on tuesday. Huhu...

topical lak... 
Cam biasa.. Aqueous cream.. betasone cream 0.1%.. fucicort. Tu utk apply pada tangan n affected n dry area. Untuk muka lak dia bagi  Eumovate cream. Pastu utk malam lak.. khas dia bg emulsifying ointment.. pastu pakai Beprosalic kt tempat2 yang masih tebal. Tu je. Banyak kan? Tapi sebab dh serah diri.. aku gagahkan diri gak ikut arahan doktor. Harapnye aku takkan ketagih pada topical steroid ni n develop TSW. Amin.

progress? Hehe.. aku xsanggup nk tunjuk.. but aku tau.. ramai pembaca blog aku adalah eczema sufferer or parents with eczema children. Aku sesungguhnya memang xgalakkan sangat2 guna steroid ni smua. Tapi terpaksa. Dah sampai bengkak3.. bape lama nk harapkan moogo n derma x healin? Xkan aku pon nk cuti sampai 2 minggu gara2 eczema. Dhla kos perubatan alternatif xleh claim ok.. huhu. Alamak.. xde lak gambar before yg mcm terbako kene mercun tu. Serius.. bengkak.. mcm bola. Merekah2 kering. Sakit berdenyut2. Up to my elbow. Camne nk handle family klau nk basuh muka sendiri pon siksa nk bengkok kan siku? Bole imagine apa yg paksa aku serahkan diri kt A&E  aritu? Hmmm

K nnti dah ada gambar.. aku upload lain k. Ni untuk ingatan di masa2 akan datang. At least..tau camne nak handle. Rendam dlm pottasium permanganate. . Then.. apply aqueous cream je xyah sental2 mcm a'an dulu. Sbb a'an dulu ada nanah. Tu pasal kena scrub off. Aku xde nanah cuma bengkak. So xdela pedih2 kene scrub kan.. hehe



Sunday, August 3, 2014

Raya Vs Eczema

Salam all.

Guess where am I right now? Balik dari open house raya kah? Big fat hope. I am stranded at room 515 DEMC.. with severe eczema flare out.

Well.. eczema aku seemed getting out of control since pregnant kan Ein. Maybe because of hormonal changes in pregnancy.. so aku pon xdela nk gi jumpa doktor since aku tau sangat klau jumpa doktor means giving up my effort on rejecting steroid for eczema. Lagipon tak semua steroid is safe for pregnancy n nursing.
So aku continue my daily regime of non steroidal medicine. Moogoo.. Healin Gamat.. those are always at home. So just try n error which can suits me. Moogo seems to fit me better than Derma-x from Healin Gamat. Maybe sbb Derma-x ni paste n a bit oily.. so it tends to irritate my skin even more. So I keep on applying moogoo. On off.. on off for months. Months ok... not days or even weeks. Aku rasa dh mcm disfunction as a mother. Aku cuti memasak for months.. sebab? Flare ups tu dekat both mg palms. Washing dishes pon aku xleh nk buat without gloves. And the worst part is aku alergik pada latex glove. Especially powdered one. Buat keje dapur dgn plastic glove is almost like impossible. Basuh pinggan pon bilas sabun xbersih ok.

Eczema aku keep on off sampaila aku selamat deliver Ein. Ingat lagi masa dlm labour room.. nurse nk cucuk vein tanye kenapa dgn tangan. Huhu.. how to handle a baby dlm keadaan camni? Tapi mujurla aku punye suami terbaik. Alhamdulillah.. dialah yang handle dari baby.. umi.. kakak.. abg..  and also rumah! Thank you so much Abang..
eh.. lamanye nak sampai ke cerita hari ni ek? Hehe.. tu la akibatnye lama sangat tak blogging. Ok.. seminggu sebelum raya.. biasala.. startla mengemas itu ini.. tukar langsir basuh mcm2. Nk buat awal2.. risau gak takut gatal2. Walhal dlm tempoh sebulan puasa tu tangan aku dh kira ok sangat2. Aku bole MEMASAK for buka puasa EVERYDAY ok. Happy sangat masa tu. Skali.. lepas kemas2 rumah sket.. mula gatal2.. mula2 sket je.. garu.. garu.. garu... then.. sehari sebelum raya balik kg rumah pusaka. Memang takde orang jaga rumah tu. So can you imagine tahap hygiene nye? Dengan cuaca yg panas.. berpeluh2.. worsen my condition. Tangan dah start merenyam. So hard to resist myself from scratching. Resulting.. swollen both hands up to elbows. How is my hari raya? Worst in my life. Beraya untuk anak2 aje. Nak bergambar pon tak semangat. Apa lagi nk bersalam2an dgn tangan macam bola. Gagahkan diri pegi beraya rumah2 wajib. Then by afternoon dh xtahan.. balik rumah n rest.

Malam tu.. dh mula rasa berdenyut2 area yg bengkak. Xleh jadi. Kene shorten my eid break. So esok pagi.. raya ke 2.. siap2 baliklah aku sekeluarga ke shah alam. Perjalanan balik tu aku rasa xtahan sangat. Dgn berdenyut2 nye.. rasa nk demam.. mcm2la. Sampai shah alam dlm kol 9mlm. Terus gi A&E  DEMC .. dapat 2 injection. Solu-cortef dgn chlorpromazine. Dibekalkan hydrocortisone cam biasa n augmentin for antibiotics. Balik tu okla.. bole tido. Kurang berdenyut. But esoknye bangun pagi dh jadi robot. Tangan keras. Rendam dalam pottasium permanganate.  Then scrub off dead skin. Apply moisturiser n hidrocort. Mkn ubat. Tapi tgk bengkak m merah xde improvement. Kt lengan makin teruk. Apa nk buat. Khamis tu... serah diri di DEMC.. warded.
tangan dh bengkak mcm bola. Ko ingat senang nk set line? Nk cari vein mcm cari harta karun. Set line.. darah mencurah2 habis basah katil. Ye la.. pressure darah tu mmg high la dh n bengkak kan. Nasibla..

Apa rawatan yg diberikan? Patutnye aku kene berendam dgn pottasium permanganate solution dlm bath tub.. tapi disebabkan bendera jepun naik.. so.. dorang kna tukar method. Bungkus affected area dgn gauze soaked in pottasium permanganate for 20 mins camtu. Pastu apply Aqueous cream generously. Then hydrocortisone sket2. Pastu fucicort utk area2 yg masih merah2. 2 times a day. Orally zirtec every 6hrs kot. Then antibiotics n hidrocort through iv line. Hmm.. penuh badan aku dgn steroid. Pasrah. Sedih.. tapi I have to. Aku xbole selfish. A malfunction mother is the last thing yang aku akan consider. Imagine watching your baby crying for your hold.. and you can't even bend your arm to hold her up.
Ya Allah.. sembuhkanlah penyakitku agar aku dapat menjalankan tanggungjawab yang telah Kau amanahkan kepadaku dengan sempurna. AMIN

Thursday, May 8, 2014

UPDATES ON MILK BOOSTER

salam...

Milk booster? Hehe.. Tak abis-abis lagi cerita pasal milk booster. Well... cerita ni takkan habis selagi Mya Insyirah Farhan belum berusia 2 tahun. Dulu Mya Zhafirah Farhan hanya berjaya exclusive breastfed for 1 year aje. Harapnye adiknye ni dapatla sampai 2 tahun... Dahla abangnye dulu tak berjaya full breastfeed akibat kejahilan aku. Maafkan Umi Abg Long.. itu antara perkara yang aku kesalkan dalam hidup. Aku tak bole maafkan diri sendiri. Aku nafikan hak anak aku untuk dapat susu aku. :-( ... dah2 takmo sesedih. InshaAllah ada rezeki yang lain untuk anak umi.

Remember aritu aku gelabah mencari milk booster? Hmmm... balik keje kelam kabut singgah tesco cari longan kering. Mujur jumpa. Longan kering, kurma merah, gula batu and tambah halwa kundur sket.. rebus.. dan minum. Hasilnye? SEDAPP... Abg Long yang laju minum and kutip longannye.. tinggalla kurma merah tergolek2 dalam gelas. huhu... Hasil perahan?? SAMA. taktaula klau amalkan seminggu ada perubahan kot.

Teringinnye la nk dapat sekali pam 10 oz. Ya Allah.. murahkan lah rezeki anakku untuk menyusu. Max aku pernah dapat sekali pam 5oz lebih. Itu pon selepas berjam2 tak pam or direct feed. Camnela ibu2 yang siap beli deep freezer untuk simpan susu tu? Apa dorang makan n amalkan? Kang ada lak yg terpk.. besar ke boobies smpai bole supply bnyk tu? Hahahaha.. Ko jangan merepek Han.. Saiz tidak menentukan produksi okay!

Hari ni... masih lagi dalam mode power pumping... aku pam setiap 2 jam.. walaupon hanya dapat 2 oz je sekali pam. sadis tak? sadis ok... Rasa nak putus semangat sangat. Mujur sekarang keje tak banyak.. Tinggal nak repair2 projek lama je.. bole la aku beraman2 pumping dalam surau tu. And pagi tadi sempat minum setin air sengkuang cina. Hasil perahan pertama jam 10 tadi.. wahh.. ada peningkatan.. dapat 3 oz. Hahahaha... 3 oz pon nak batak. Apala... Hallloooo... kalau ibu2 yang susu melimpah ruah nak gelak silakan.. memang sikit je 3 oz tu pon. But for me yang kais arini minum esok ni... banyak dah tu... syukuuuuurr..

Jap2 gi sesi kedua lak. kita tengok camne peningkatan ke tak. baru seminggu pam 2 jam sekali. sebelum ni pam 2 kali je masa kt ofis. Ye la.. takkan la ko nak melepak dalam surau tu lama2.. Tapi kali ni kritikal. Aku kene buat. Janji keje siap. huhu..

Antra milk booster yang dicadangkan oleh mummy2 semua..

ESP + alfalfa - tak berkesan pada aku
soya
oat - everyday bekpes oat .. ntah tak perasan pon ada perubahan
horlicks
longan kering n kurma merah - tiada kesan ketara jugak
durian
pegaga
sengkuang cina
obimin
fish oil

yang lain2 nanti kita try satu2 tengok mane yang serasi

Monday, May 5, 2014

BILA UMI YANG DILANDA ECZEMA

salam..

kali ni aku nak bercerita pasal eczema lagi... Korang tau tak... aku yang sebenarnye ada eczema.. tu pasal anak2 aku ada eczema. tapi nye eczema aku takdela menyerang... dia dok mild2 je.. takde pantang2 makan... pernah trigger masa nk kawin je dulu.. huhu.. stress kot jadi punca.

kali ni.. hormone jadi penyebab. Eczema aku flare up masa pregnantkan Insyirah. Ya Allah... sabar je la masa tu.. dahla tak bole nak makan ubat sebarangan... sabar aje la menanggung. Aku sebolehnye nk elak ambil n guna steroid. Tapi kalau dah teruk sangat.. sampai takleh buat keje apa... terpaksa la jugak surrender.


 tadaaaa... macam botox version gagal okay. tak gatal. cuma merah n bengkak. paling tak best... aku tak tau pesal bole trigger


selepas rawatan ... alhamdulillah.. 2 hari MC.

dan paling tak tahan... tapak tangan aku eczema yg melanda sejak pregnant sampaila Insyirah dah 4 bln. bole bayangkan bape lama aku suffer? 

kering... mengelupas.. gatal. lama weh ai cuti memasak membasuh bagai... huhu..

after. Alhamdulillah. Dah ok. licin.. takde mengelupas lagi.

tapinye... STEROID! yes. aku ambil steroid. Pegi clinic D'Umra Seksyen 13 shah alam. Jumpa doktor... tung tang tung tang... RM201 ok...  apa dia bagi?

Piriton supply 1 biji 3 kali sehari for 5 days
Prednisolone 2 biji 3 kali sehari for 2 weeks!
Hidrocort for muka
satu lg steroid cream tak ingat apa nama dia.. tu utk kt tangan. less than a week.. clear. huhu...

 





I NEED MILK BOOSTER!!

Salam all..

Arini nak bermode 'ibu-ibu' lak... Apsal? Risau weh... susu tak cukup... pehal ko Han tetiba kelam kabut ni... Well... Insyirah baru umur 4 bulan.. tup tup susuku merudum. Entahla sebab apa.. nak kata sebab ubat 'Prednisolone' ... tapi kubaca2 kat internet.. takde effect ubat tu dgn susu... or.. mungkin sebab ayah takde last week n this week.. so aku kelam kabut uruskan anak3... jadi stress. Yes. Stress adalah kepantangan besar untuk penghasilan susu badan yang meriah.

So now.... I need milk booster! Badly! Untuk hari ini... stok EBM hanya ada 4 botol 5oz. huhu... sedihnye... and after 3 session of pumping kat ofis baru dapat 6 oz! Gile... ada yg tak tido malam dok mengepam lak kang. walhal sebelum ni... first session pon dah bole dapat 5 oz. Tolongggg...

Ok2.. jangan panik.. jangan stress... kita test2 ok milk booster yang mane yg berkesan untuk aku. Dari pagi tadi dah minum Wildan susu kambing... minum 1liter plain water... takde nampak significant improvement. Now tgh minum Wildan susu kambing + 4 tbsp instant oat. nanti kita tgk pumping session kol 4 kang.

ESP + alfalfa --> tak begitu memberi kesan pada aku. rugi2.. dah bole dapat harga murah.. tak berkesan le pulak... adoila...
Oat --> nanti kita tgk kay... balik kang nk kene cari longan ke.. red dates ke.. apa lagi yg bole dicuba? chaiyok han.. chaiyok...

Friday, November 29, 2013

molluscum contagiosum (MC) Zaza dulu... kenang2..

Salam..

Aritu cerita pasal MC ni... tak dan nk tunjuk gambo. la ni.. godek2.. eh jumpa lak gambar.. tapi blurr la sket..






ha.. nampak tak yang bijik2 kecil tu? Itulah MC... ntah dari mana dapat pon taktau. mudah berjangkit. Mula2 dulu kene kat area montot... then bole pulak merebak sampai ke lengan?? takleh jadi ni... bila refer doktor.. doktor kata takde specific ubat. Bila aku search info... macam2 cara dorang cuba remove.. sampai ada yg guna laser. Ala.. macam nk buang ketuat la kot. MC ni ada gak org panggil ketuat nasi or ketuat air. Kalau dicubit2 nk kutil2.. berdarah tau. So macam gambar di atas... aku just ambil kapas sebesar saiz MC tu... then basahkan dengan Apple Cider Vinegar (ACV).. pastu.. tampal dengan surgery tape. Semua benda ni bole di mana2 farmasi. Aku beli kat Guardian je. kos tak sampai RM30. Paling penting... kene konsisten. buat macam ni for a few days or night.

Hasilnye... takde lak gambar lengan aje.. tapi bole nampakla lengan Zaza dah cun.. takde bintik2...





takleh nk zoom in lak kt lengan.. tapi okla tu.. dah clear takde biji2 tu..

Pada ibu2 di luar sana yang masih pening dengan masalah MC anak2... Selamat mencuba... inshaAllah... ada hasilnye...


Hai la carpet...

Salam all..

Lamanye la tak menulis kat blog ni... sib baikla tak lupa password lagi. Hahahaha... Maafla ye pada pembaca setia my blog. Kurang kesempatan dan idea nak menulis. hehehe...

Carpet? What's wrong with carpet?? Ingat tak dulu... ujian darah A'an menunjukkan dia very high allergic reaction towards DUSTMITES? hmm... kat mane ada dustmites tu? Cadar? Yes betul.. lagi? Paling teruk is... di CARPET!

Mula-mula dulu... macam okay2 aje la dgn result test tu... Tapi lepas a few times tengok depan mata.. how A'an menggaru bila duduk kt karpet.... confirm. Memang carpet punca utama. Kat rumah cuma ada 2 karpet kecik. Tu pon letak kat bilik Umi... dan dekat ruang tamu. Kat family area... tempat lepak2 golek2... kubentangkan tikar buluh saje. Huhuhu... nak buat camne... dah anak allergic.. kenela berkorban... Hasilnye... alhamdulillah.. A'an bole tengok tv... buat homework.. tanpa menggaru sane sini (dgn andaian kaki dia bersih dan dah siap2 pkai Moogoo).

Tapi bile pegi rumah Tokmi dia pulak... fully carpeted. Ye la.. Klau takde carpet nanti Tokmi sakit lutut.. lantai sejuk. Masa ni.. biasanye aku akan bentangkan comforter ke sebagai alas atas carpet tu. So that anak2 takde direct contact dgn carpet. Okla.. bole la membendung sikit masalah tu.

Tapi.. rupanye2... carpet ni bukan bermasalah pada A'an je. Zaza pon terlibat! Cuma berbeza dari A'an.... Zaza takde gatal2 klau duduk kat karpet. Cuma... dah 2 kali terjadi... dia tido atas carpet meniarap... hasilnye...







hehehe.. bangun pagi dengan mata merah dan bengkak. Tapi mujurla mild aje. Tidak begitu merengsakan sebab Zaza okay je masih boleh berjoget2. Umi pon cuma pegi ke farmasi dan beli ubat titis mata 'EyeGlo' klau tak silap namanye.. yang jenis untuk mata merah dan bengkak tu. Dalam sehari dah elok. Mujurla kan... klau tidak.. merasala kot seisi keluarga kene sakit mata. Tau je la sakit mata ni sangat mudah berjangkit.


Wednesday, August 28, 2013

Blog dah bersawang..... adoila

Salam..

Alahai lamanye aku tak update blog ni ek? Entah.. sampai bole lupa password bagaila.. punyela melampau.. huhu.. okayla.. sepanjang tempoh aku senyappp aje tak berblog ni.. macam2 benda dah berlaku.. larat ke nak celoteh semua? entah.

Okla.. kita continue selow selow eh.. Posting terakhir aku aritu pasal MC kan? Ada jugak parents yang sms tanye camne result and so on... Alhamdulillah.. anak sekarang dah free from MC. dah takde biji2 kecik tu. Caranye? Guna apple cider vinegar (ACV) je.. sebagaimana aku cerita dalam last post. InshaAllah berkesan.. yang penting kene sabar dan konsisten.

Pasal eczema pulak. Camne progress anak2? Alhamdulillah... nak kata free from eczema memang tidakla.. tapi very much under control. Masih continue Moogoo... tapi dah stop Healin topical or oral. So sekarang pakai Moogoo sebagai losyen harian. Zaza.. her sole is very sensitive to harsh environment. harsh detergent... lantai berpasir pon tak bole.. senang kata.. kulit tapak kaki dia tak bole kering... nnti mengelupas dan pecah2.. akan jadi permulaan kepada jangkitan kuman.. seterusnye bernanah. Dah beberapa kali jugak timbul nanah semula.. tapi dalam keadaan terkawal. sebiji.. sebiji.. tapi sekarang... Umi dah tak guna fucidic acid as antibiotic cream... Umi gunakan Tea Tree Oil. Bila ada nanah (kebiasaannye di ibu jari kaki Zaza)... Umi akan tampalkan kapas kecil yg dah dibasahkan dengan Tea Tree Oil (TTO) ... bila nanah dah bersih... tampalkan dengan antiseptic cream aje... then.. moisturize dengan moogoo... sepanjang tempoh tu.. kenala pakai stokin or bandage affected area utk elakkan further infection. So far cara ni berkesan... paling best.. tak perlu bergantung  kepasa steroid cream dan antibiotic.

Abg Long pulak... kulit dia tak sensitif macam Zaza... tapi.. dia lelaki... jadi kemalasan dia nk jaga diri tu jadi penyebab kepada eczema dia. Kaki di bahagian jari2 kaki tu masih ada kasar2.. Nak harapkan dia apply moogoo each and everytime lepas mandi.. wudhu' dan bila kering.. memang payah. so menda tu jadi on off.. cuma takde merebak tempat lainla... overall memang puas atila..

Oh ya.. Pasal TSW (Topical Steroid Withdrawal) klau tak silap la maksud dia.. tempoh di mana kulit kita yg dah ketagih dengan steroid bertindak balas bila kita stopkan steroid. Macam2 reaksi bole jadi.. and even ada yg bernanah2 macam anak2 ku dulu... Alhamdulillah.. tiada lagi seperti itu.. barula ku tahu... anak2 ku telah melalui tempoh TSW tu masa mula2 pkai Healin Gamat dulu. Itu bukan totally sebab Healin. Tapi sebab stop steroid..

Monday, May 13, 2013

eczema ~ Molluscum Contagiosum

Perkembangan Anak-anak


Assalamualaikum...

Laaaaama sangat umi tak stori pasal anak-anak kan... ramai jugak yang bertanya khabar thru email and sms... terima kasih semua...

okay now umi nak cerita tentang perkembangan anak2 umi... especially bab eczema mereka. Adakah mereka masih menggunakan produk Healin Gamat? Iye... masih.. tapi masih pakai syampu sahaja. yang lain2 dah stop. Imunol pon sekali sekala je pakai. Kenapa? Tak elok kah? Bukan camtu... Bagi sesiapa yg follow blog aku ni.. taula berapa lama aku pakai produk Healin Gamat ni. Dari masa anak2 kulit bersisik2... sampai skrg ni alhamdulillah... dah bole pkai seluar pendek.. tak perlu garu2 lagi. Psstt... kulit dah lawa tu jgn lupa diri pulak ye.. pkai suar pendek kt umah je... hehe

Oh ya.. sekarang ni untuk sambungan treatment untuk eczema... aku cuba this another good product yang anda ibu2 semua bole cuba klau dah mati akal keluar masuk spital ke kan. Cuba google product 'Moogoo'... ada range dari mandian, krim losyen smpai ke lip balm pon ada. harga? sebaya dengan Healin jugak rasanye.. hehe... tapi still... free of steroid.. so worth trying I guess..

So far.. masa pkai Healin alhamdulillah kepala, tengkuk, siku, lutut dah baik. tak perlu nk sapu lotion or minyak lepas mandi lagi. like normal kulitnye. Cuma kaki aje yg tak sembuh2... But selepas a few weeks pkai product Moogoo... kaki anak2 menunjukkan perubahan positif... Zaza dah bole pkai baju princess! again... jgn lupa diri k.. nnti kaki dah lawa mulala nk pkai skirt pendek bagai... NO NO NO ye sayang... Zaza dah semakin besar, dah 4 tahun dah... sakit pulak mata umi klau Zaza pakai skirt pendek.. hehehe..



Oh ya... terlanjur rajin bercerita ni.. ibu pernah dengar tak penyakit ni 'Molluscum Contagiosum'... dia ala2 kutil.. klau pecah dalam tu mcm ada nasi or isi. Tidak gatal, tidak sakit, tapi bole merebak by direct contact pada luka yg terbuka.

rupa dia camne?



ihsan dari pakcik gugel gambar ni. macam tu la rupanye. And aku taktau mane dapatnye... Zaza ada MC ni. mula2 kat bum dia.. bila tunjuk kt doktor.. doktor kata jangkitan virus. tapi iakan heals sendiri.. cuma kene tunggu je la. motif? takkan aku nk tunggu. itu pon dah baper lama 'kutil' tu ada kt bum2 dia tak pecah2. berbulan2 kot... takkan aku nk dok diam tengok je.

aku pon carila info.. nk cari pon taktau nk mula kt mane.. nama penyakit pon taktau. aku tgk macam kutil. Searchla.. then in the end jumpala.. Molluscum Contagiosum. Klau tengok forum2 mat saleh.. macam2 cara dorang guna utk buang kutil ni. even ada yang pegi specialist buat laser treatment. and even ada yg guna 'hydrogen peroxide'... bunyi cam mengerikan... lagipon celah mane aku nk cari hydrogen peroxide bagai tu... kedai DIY? kedai ubat? hehehe... and some says guna Apple Cider Vinegar.... yes.. yg tu.. senang nak cari. So head to Guardian and beli sebotol. Oh my... sebotol besar tu... nk guna sikit je utk dab2 dekat MC tu.. hehe..

But you know what? Berkesan! MC tu kecut and hilang tanpa rasa sakit.

Ada juga yg suggest guna Jerslin Oil. Balik kang nk singgah beli Jerslin Oil pulak lak...
any updates.... akan ku update walau lewat berbulan kay... hehe...

tarraaaa... dah basi... hehe

salam...

Apa yang dah basi? Lauk apa? Nasi apa? Jejemput? Oh tidak... tidak sayang... bukan jejemput yang basi.. tapi cerita umi yang dah basi sebenarnya... Sorila ye pada pembaca setia blog ni.. haha.. macam ada.. eh ada.. tau... ada... hehe..

Cerita ni nak kata dah basi.. memang pon... dah seminggu lebih kot cerita nye.. klau nasi tu.. dah berulat la.. hehe.. Ingat tak last posting aritu tajuknya apa? .. passport kan.. nak ke mana? ha... ni nak story ni.. Bandung yok!

Planning nya dah bermula sejak Oktober tahun lepas lagi bila Ayah gigih membooking tiket Air Asia 'now everyone can fly' katanye... tapi betul and tepat sangatla motto tu.. klau nak harap naik MAS.. memang tidakla.. haha.. jom2 kita ke Bandung. Apa ada di Bandung? Tahukah anda.. Bandung juga dikenali sebagai Paris Van Java... kota Paris di Pulau Jawa.. motif? ada Eiffle Tower kah? tidak.. tidak sekali2.. tapi.. Bandung dapat jolokan nama itu kerna ia juga diibaratkan sebagai syurga beli belah. Ko tau ke kat syurga bole beli belah bagai? apa punye jolokanla.. aku cuma cerita eh..

Okay now let me share la eh story nye.. Bertolak 24/3/2013 itu ari... tiket jam 8.30 malam klau tak silap.. entah.. maybe silap kot.. bukan aku ingat sangat pon.. haha.. yang ingat masa tu.. on that very same day la jugak ada F1 ok kat litar Sepang nun. Makanye.. kitorang bertolak dari rumah jam 4.30 ptg camtu untuk elakkan bertembung dengan penonton tegar F1.. jangan cari bala eh.. kang tak pepasal stranded kt ELITE Highway tu aje.. Itu pon dah merayu memujuk memaksa Umi Sha and Ami Atif tolong hantarkan.. hehe.. tq dears..



Oh ya.. flight kitorang entah berapa kali reschedule aku pon tak ingat. Asalnya flight pukul 6 ptg ,few days before bertolak tu.. reschedule ke malam. hampeh tol.. tu okayla lagi.. masalahnye.. kitorang ye ye je buat pre-book meals .. macam2 anak2 order.. tup2.. bila tukar2 schedule.. dia tukar flight terus.. request menu lain.. hantar menu lain. sebab lain2 flight. poyo betul. dah tu bole pulak nak ganti 'nasi palembang' yang ayah order dengan 'maggi'??? Mau naik angin ayah... last2 dia ganti ngan nasi ayam... alahai..

Bertolak pon dah malam... so sampai Bandara Hussein Sastranegara Bandung... laaagi lah malam.. kol 10 malam WIB.. hehe.. sampai2 je, pak supir dah tunggu. Namanya Pak Indra. Oh ya.. percutian kali ni, kitorang takde ikut mana2 travel agent. Cuma aku  book supir melalui forum je. Gila gamble.. haha.. Mujurla sampai2 je memang dah ada supir tunggu pegang karto 'Pak Shahrul'.. eh ye ke.. entah.. aku tak perasan apa dia tulis. tau2 je dia dah capai beg and bawak ke kereta. Yang aku terkial2 menggendong Zaza.. tido.. hehe.. Zassst terus ke Pop Hotel. Hotel ni aku booking dalam Agoda.Com. okayla.. reliable la jugak booking via site2 ni.. mudah keje.. and rege lagi murah. around RM97/nite. tu harga weekday la. kalu harga weekend lain lak jadinya.

Day 1:

Ke mana kita? Pagi2 kat lobby hotel tu dah sediakan light breakfast iaitu Nasi Ubi. Hmmm... our first local menu. Hotel ni bole katakan hotel untuk budget2 la.. ala2 cabin hotel gitu.. no breakfast included.  Nasi ubi? maybe tu macam nasi lemak kalau di Malaysia.. rasa dia ok la.. sudi sudikan la ye merasa menu tempat orang.


Our first destination ...  Kartika Sari. Nampak sangat makanan jadi target utama.. bukan nak gi Pasar Baru dulu ke hape.. tapi ke Kartika Sari. dok beli 'pisang bolen' yang dicanang2kan sedap kata kebanyakan komen forumer. haha.. aku beli sekotak dalam RM10 la rege dia.. for me.. hmm biasa2 je.. pisang dia aku rasa mcm ada kelat2 sket.. tak ckup masak kot. hahaaha.. ampun.. tanye pak supir apa maksud pisang bolen. rupanye 'bolen' tu maksudnye.. bentuk macam kubah tu.. tu jadi pisang bolen... rupa dia?

tadaaaaaa.... tu la dia..


okay.. pas cari bekalan.. kitorang pon ke.. Jalan Alkateri untuk menempah langsir raya. Semangat kan? Cakap ngan Pak Indra nak buat langsir. Dia tak tau ye apa itu langsir. Jenuh la explain. Kat sana tak panggil langsir tp dinamakan ORDYN. Memang itu agenda aku ke Bandung. Bukan setakat melancong ye.. berbulan2 menabung utk ke Bandung. Mission adalah.. RAYA! so selamatlah menempah langsir utk 1 rumah dya n night curtain.. for me.. berbaloi. bole pegi lagi.. hahaha.. cumanye next time.. kene make sure dia hantar sehari or 2 hari sebelum balik. sempat la nak check2.. ini.. bukak2 dah kt rumah. kotla salah ke hape.. kan naya. aku nye aritu.. tak ckup button. huhuh.. mujurla bole add sendiri.. huhuhu...

ok.. pastu ke mana? lunch time - Bebek Van Java (itik di pulau jawa ) kot. haha.. suka suki aku je translate. First time nak makan bebek. ini pon aku dapat info dari ntah blog mane yg list down a few tempat makan best kat Bandung. Ye la kebanyakan blog semua review pasal shopping. Aku bukan nak shopping semata ok kt sini.. Nak makan tu wajib. Frankly kt Bandung ni... makan rege sama macam kt Malaysia. unless kalau perut korang kebal bole makan kat tepi2 jalan.

Makan Bebek goreng  'kalasan' ... sedeeeeeeeeep. Mintak air 'Es Teler'. ini pon sedeeeeeeeeep. Jus Alpokat.. sedap je tp teeeerrrrlalu pekat. Mual tekak aku nak abiskan. huhu.. Try jugak Teh Botol.. erk.. not my taste. too strong for me. Oh ya.. for those yang nak try Bebek Van Java ni.. restoran ni terletak di Jalan Lombok. Tanya saja sama pak supir, pasti dia tahu.





Lepas makan tu kitorang ronda2 gi Factory outlet sekitar Jalan Dago and Jalan Riau. Hmm... dek kerana mission utama is nak cari baju raya anak2 and apaknye... susah jugak. sbb bukan semua outlet ada jual baju kanak2 best2.. mujur jugak ada forumer inform kt Blossom banyak baju kanak2.. so pergilah ke sana.. rembat berpasang2 la jugak... price.. hmm.. camne nk citer ek.. biasa klau polo kt m'sia ni time sale aku beli pon dalam RM60 camtu utk t shirt. itu dah 50% off. Tapi kat outlet ni.. bole dapat dalam RM30 ke bawah untuk t shirt. jeans.. dalam RM40 camtu. Bole pengsan umi shopping camni. And one good thing kt sini... most of the outlet tu.. sure ada kolam ikan, so... anak2 aku takde la bosan sangat tunggu umi shopping... dorang dok tengok ikan je la.. aman...  habis jugakla beratus ribu rupiah kat sini... haha.. soka2 je aku.. jadi jotawan okay.. bila masa nak merasa jadi jotawan?? inilah masanya... kah kah kah... gelak riak. hehe


dah puas lagak jotawan.. balik hotel aje la.. Pop Hotel ni bersambung dengan Festival CityLink. so senang gakla kitorang nak cari makan. gi aje merayap ke mall tu.. sambung shopping sampai pitam. hahaha... makan kat food court.. rege.. standard food court malaysia.. erk.. kt KLCC nye food court gitu. hahaha.. bukan food court giant Shah Alam okay..







Thursday, March 21, 2013

passport??

alhamdulillah...selesai buat passport Malaysia.. nak ke mana?? hehe.. tunggu entry seterusnya nanti eh? Ewahh.. ko ingat ko ada pembaca setia ke nk tunggu entry ko...

saje nk buat jugak entry ni sebagai ingatan n panduan mereka yang nk buat Passport Malaysia. Means.. andai kalian nak keluar negara... walau seberang tambak cuma.. kenela ada passport ni. Apa yang diperlukan?

dewasa :

IC + gambar ukuran passport 2 keping

kanak-kanak :

surat beranak + gambar ukuran passport 2 keping


lokasi?

sila search jabatan imigresen terdekat. Macam aku tadi pegi kat Kompleks PKNS Shah Alam aras 2. Memula pegi hari Ahad lepas. Sampai depan pintu kol 8.30 pagi... nombor giliran sudah habis. sudahnye aku meronda ke pasar boot seksyen 13 je. Arini dah plan baik punye... Ayah gi dulu naik moto amik nombor dulu... then umi and anak-anak menyusul kemudian.

Syukurrr... dapat nombor awal la jugak. Takdela tunggu lama nk gi first kaunter tu. Tapi lenguh gakla berdiri depan kaunter nak setelkan 3 orang nye passport. Selesai tu... tunggu kejap pastu bayar. Dewasa untuk 5 tahun RM300. Kanak-kanak untuk passport 5 tahun RM150.. total damage for today RM600. So sila2 la manfaatkan sepenuhnya selama 5 tahun tu. Oh ya.. passport umi nye tamat lagi 3 tahun da.. haha.. takpe.. nk renew skrg senang.. online pon bisa...

Selesai bab bayar. Then... "Sila serahkan slip pembayaran SELEPAS 2 JAM dari waktu pembayaran dibuat"... aik?? dulu 2 tahun sudah seingat aku buat passport kejap je.. tak sampai setengah jam dah siap. kali ni... kene exactly 2 hours ok.. huhu... so terpaksala meronda jalan-jalan cari pasal kat bawah tu... kebetulan pulak gerai2 pakaian kat bawah tu tak bukak.. nk ganti ngan pemende ntah. so kat bawah tu kosong.. kosong.. kosong bak kata Najwa Latif. huhuhu...

selepas 2 jam.. naik smula.. untuk kutip passport. Oh ya.. takleh main kirim2 eh nak gi amik passport ni. so kenela naik semua jugak sebab kene sign or cop jari kat borang pengakuan penerimaan camtu.


itu sahaja proses nya. kalau hangpa tak kuasa nak amik cuti bagai.. bole pegi hari Sabtu dan Ahad sampai kol 1 tghari sahaja. Tapi awas.. aku sampai kol 8.30 pagi pon nombor giliran dah yillek..  sila datang sesudah azan kedua.



Tuesday, January 29, 2013

cerita dan gambar

salam all...

petang ni umi menyempat2kan diri jugak nk update blog ni... bukan banyak pon.. just nk upload gambar2 infection Abg Long... Aunty Ieja request nk tgk gambar.. ok.. umi upload kay.. nnti balik umi snap yg terkini dan update kay..
inilah rupa infection pada kaki Abang Long.. bernanah2 :(

ini pulak kaki zaza.. pon kene infection.. tapi sembuh selepas dapatkan antibiotic dari klinik

Abg Long hari pertama di DEMC
Umi pon infected sebab umi pon ada eczema.. kulit jari luka2.. cuci pulak luka anak.. ini jadinye.. huhu...



kaki Abg Long setelah direndam dengan Pot Permanganate, then lap2 dengan gauze. (Lap ke? mcm gosok bole jugakla)

Zaza yang sihat pon dapat treatment sekali dari Doktor Ahmad. Kami berkampung sekeluarga kt ward.. Ayah sorang je yg free from eczema

Luka2 semakin kering

Eczema on Zaza's foot

Sebahagian ubat2an dibekalkan setelah discharged. Aqueous Cream as moisturizer, Cetaphil as cleanser, Pot Permanganate for antiseptic solution, Fucicort and Fucidin for antibiotic, Predosolone and oral antibiotic.

terupload jugak... hehe.. drawing Zaza boring2 ikut umi ke ofis. Siap ada earing okay lukisannye...





Nanti umi update lagi kay... nak balik cepat.. Abg Long and Zaza kt umah ditemani Tokmi and Tok Bah.. Thanx Mak and Abah..

Friday, January 25, 2013

serah pada yg pakar...

salam all..


New updates for my son.. Abg Long. Last week entah apa puncanye... eczema dia flare up and sampai kene infection. Pegi klinik biasa je, dapatkan antibiotik..  okla.. dah abiskan satu course.. tapi infection tak baik2... nak tak nak.. kene jugak refer yang pakar. Ke mana? DEMC la jawabnye...

Dah bawak situ.. confirm2 la kan kene tahan.. infection penuh 1 kaki.. huhu.. klau spital gomen.. umi ayah dah kene marah ngan doktor dah kot. Ini.. mujurla dengan Dr. Iftikhar Ahmad Mohamed Akup very soft spoken oerangnye... lega.. hehe

Apa yang doktor buat? Rendam kaki dengan Potassium Permanganate 2 kali sehari for 20mins, then sapu Aquaeous Moisturising Cream generously, then sapu Fucicort pulak dekat luka2 tu. then.. senyap.. takde dah Abg Long menggaru..  Sebelum ni pernah jugak pakai Aquaeous tu.. tapi takdela apply generously camtu.. apply cam pkai hidcocort tu je la.. rupanye kene apply mcm pkai body lotion. in fact lagi bnyk dari lotion.

Yang syioknye kali ni.. walaupon Abg Long je yg officially admitted kt spital, tp dengan adik skali dapat treatment since adik pon ada eczema jugak. Tapi untuk adik, Umi dengan Ayahla yang buatkan.. cuma ubat je share ngan Abg Long. Oh ya.. Abg Long diberi antibiotiv via IV. Harapnye berkesanla kan..

kay.. nanti umi update perkembangan terbaru lain lak ye.

Tuesday, January 22, 2013

again...

salam,

Arini adalah hari ke 2 umi bercuti jaga anak. Yess.. jaga anak. Anak2 sekali lagi kene infection pada eczema mereka. Mujur jugakla skrg ni eczema tu cuma kt kaki. So kat kaki aje la infection tu. Kalau macam awal2 dulu... adoila.. lagi kesian. The whole body penuh eczema.. so you can imagine satu badan bernanah2 sane sini.

I'm not sure apa sebab nye. Masih menggunakan produk House of Healin.. Tapi mungkin sebab masing2 kelam kabut dengan awal persekolahan n so on... so terkurang penjagaan kt situ. So now.. umi treat kt rumah after pegi klinik and dapatkan antibiotics. Untuk Zaza dah ok.. but untuk Abg Long dah abis antibiotic course.. nanah masih ada. Set appointment dengan doktor..  kene refer spital gakla.. sbb nak dapatkan surat cuti.. Almaklumla sekarang Abg Long dah sekolah.

Buat masa ni.. itu je perkembangan. Thanx pada yang masih sudi ambil berat pada 2 permata hati umi ni. Dan buat pembaca2 di luar sana... Jangan putus asa mencari penawar untuk penyakit ini. Healin Gamat bukan segalanya.. Bole cuba lagi kalau tak berjaya. But dari pengalaman menjaga anak2 ini... Healin banyak membantu walau tidak 100%.

Tuesday, January 15, 2013

Dah besar anak Umi...

Salam all...

Setelah seminggu lebih adapt dengan jadual baru.... barula hari ni aku berkesempatan nak mencoretkan sesuatu dalam blog ni. Kesian Ayah (my pembaca blog tegar).. ternanti2 update terbaru dari Umi kan... hehe.. here we go..

Meor aka A'an.. or dearly Abang Long.. itula anak Umi yang dah pon memulakan persekolahan darjah 1 tahun ni. Maka Umi dan Ayah dengan rasminye dah tergolong dalam ibu2 ayah2 yang akan berebut2 apply cuti time cuti sekolah... Thrill abisss.. hehe. Selama ni aku cuti ikut suka aje... maklumla.. anak tadika je.. bole tahan rajin gak memontengkan diri. Sekarang.. rasain deh...

Macam mane ye gelagat si Abg Long bersekolah? Mujurlah sekolah tu sejengkal cuma dari rumah. Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Keluar guard house terus nampak sekolah. Besar sket nanti bole naik basikal sendirila kot..  Camne dia? So far.. alhamdulillah.. tak susah and tak menyusahkan. Lega rasanye dia bole adapt ngan jadual baru dia. Pagi2 bangun memangla ada liat2 sikit.. kejut 2 3 kali baru berganjak dari katil. Patu dok bertapa dalam toilet, sempatla 2 3 kali gak kene jerit. Pastu pakai baju lagi... memang kene monitor. Klau tak... orang dah rehat barula dia sampai skolah kot.. hehe..

Abg Long duduk kelas 1 Aman. Mujurla jugak ramaila kawan2 dari Genius Aulad Setia Alam (GASA) dalam kelas tu. Naufal. Tu nama kawan Abg Long yang tiap hari akan disebut2 namanye. Geng from GASA, jiran selang sebaris kt rumah... kat kelas duduk sebelah2. Makanye.. dengan si Naufal la dia berkepit. Azrin. Itu pon geng GASA gak.. duduk depan Naufal. Dalam kelas yang sama jugak ada Eva (setaska ngan dia) dan Dira yang dia dah kenal. Jadinye.. memang kelas tu bukan seperti kelas baru untuk si Abg Long ni...

So far.. seronok aje dia ke sekolah. Every morning Umi akan bekalkan macam2 untuk waktu rehat. Awal2 dulu... apa yang Umi bekalkan.. itulah yang dia makan. Now?? Sejak2 dah pandai membeli di kantin... amboi3.. Beli air (kordial semata berharga RM1????), ketam (crab stick kot) dan nasi lemak. Kadang Umi rasa sangat terkilan kot.. mengenangkan anak makan kat kantin camtu. Walhal.. kalau kat rumah.. Makan sedap and bertambah2. But then... biarlah.. biar dia rasa apa itu masakan kantin.. bagaimana berebut2 membeli makanan... itu semua LIFE. Selama mana Umi mampu nak protect Abang Long? Umi bukan menongkat langit.. Suatu hari nanti, Abg Long kene survive sendiri gak tanpa Umi dan Ayah.

Sediki sebanyak... ini semua mencuit naluri keibuan aku. Ewah.. ingat kental sangat.. hehe.. takdela.. selama ni rasa kecik je anak aku ni... Itu tk reti.. ini tak reti.. tapi tup2 dah sekolah. Dan yes... aku underestimate kemampuan dia. For me he is always a lil' baby. Tapi rupanye.. dia dah besar... dan memulakan langkah pertama di alam persekolahan. Umi kene belajar untuk lepaskan Abg Long.. Trust him. Iringi dia dengan doa. In sya Allah... dia akan sentiasa dalam lindungan Allah.

Eh cop! nak cerita ni... Abg Long baru hilang gigi pertama last night!! And Umi terkilan sebab gigi baru dah mula tumbuh, baru perasan. So dia tumbuh di belakang gigi susu... gigi susu baru la nak goyang2. Adehla.. berusahalah ayah mencabut gigi susu tu manually. So how? Camne gigi kekal ni nanti? Sengetla.. bole berganjak ke kedudukan sepatutnye ke? huhu.. Selama ni memang ternanti2, bila la gigi Abg Long ni nak mula tercabut..  kawan2 dah ramai yang rongak.. tapi dia maintain je. Ni yang susah ni.. gigi lambat goyang, tapi gigi kekal dah mula nk keluar. Kene selalu check la...

Haih la Abang Long.. hadapilah hari mendatang dengan minda terbuka ye Umi... Chaiyok Abang Long.. Chaiyok Umi... Chaiyok Ayah... and lil sister yang pagi2 je moody sebab takde geng nak ajak gaduh dah... Abg Long pagi2 dah gi skolah tinggal lah Zaza sorang2...  hehe