Friday, December 3, 2010

Tajuk apa yang sesuai ek?

Carseat?

Pagi tadi aku baca berita pasal seorang bayi berusia 1 tahun meninggal setelah kepalanya terhantuk di dashboard (papan pemuka) kereta semasa kemalangan. Masa kejadian bayi tersebut dipangku oleh ibunya sahaja sementara bapanya memandu. Entahla.. aku sendiri taktau nak kata apa selain daripada rasa terkilan.

Ajal memang tak bole dielak. Tapi pasti rasa terkilan tu berbekas di hati. Sebagai seorang ibu, aku tak mampu nak bayangkan macam mana perasaan ibu arwah bayi tu. Mungkin aku tak cukup kuat untuk hadapi situasi camtu. Aku ni nampak je brutal, tapi ati ada sikit mellow. Haha.. dalam hati ada taman gitu org kata.

Okay, topik yang aku nak utara selatakankan hari ni ialah CARSEAT. Perlukah anak-anak diletakkan di dalam carseat sepanjang perjalanan? Jawapan aku SANGAT PERLU or hampir kepada wajib. Alhamdulillah aku terdedah dengan penggunaan carseat bayi ni sejak rajin mencari info keibubapaan di forum-forum online. Kalau nak kata pengalaman, memang tidakla. Zaman aku kekecik, manala ada carseat. Naik kereta pon jarang-jarang sekali. Tu yang aku mabuk jadinye - motion sickness gitu. Hahaha... malu den. Makanya, sejak lahirnya A'an, aku memang niat nak guna carseat untuk dia. Ye la.. Aku and hubby ni memang kaki rayap. Tambah2 lagi kampung ku jauh.... nun di Johor sane. Ko imagine nak memangku anak from Sekinchan to Kota Tinggi. 9 hours gakla kiranye. Macam-macam bole jadi...

So A'an memang aku dah didik duduk dalam carseat sejak... hmmm 7 months old kot. Tapi sebelum tu dah didik ngan carseat poyo2 je.. Masa 7 months old baru aku beli baby carseat yang 0-4 years old tu. Itu pon gigih aku berebut kat warehouse sale My Dear. haha.. Masa ni memang aku seorang bargain hunter tegar. Semua benda la aku beli kat warehouse sale... dari Anakku, Hytex, Pureen, My Dear, Padini, Poney, tu untuk barang-barang baby la... Termasuk jugakla barang-barang lain, sebab aku dah kemaruk warehouse sale. Pegi Corelle, pernah jugak pegi warehousesale apa ntah DKNS aku pon tak ingat, tapi barang2 rumahla. Electrolux pon aku pernah terjah, and tak dilupakan Macy warehouse sale - dapatla sofa and TV cabinet.

Oh ya.. Sebelum terlupa... hari ni ada warehouse sale Anakku. So rasa-rasanya aku dah tau apa plan aku untuk esok. Nasib baikla aku tau arini, kalau since semalam aku dah tau, mau aku amik half day kot. wakakaka... tak bole.. keje manyak lom siap. Anyway, insyaallah kalau takde aral melintang ke terlentang ke... aku pegila terjah esok. Segala stok mandian kat umah memang dah habis. Dah beberapa kali aku kene beli kat tesco. Walhal sebelum ni memang tak pernah beli kat tesco, mana tak nye beli kat warehouse sale untuk stok setahun. Dari mak bapak sampai ke anak, semua pakai shower foam Anakku. Sib baikla Johnsons2 takde buat warehouse sale.

Aik.. mane cerita carseat tadi? Hehe... melalut sudah. Sekarang ni, carseat A'an aku sudah kasi sama adiknya si Zaza. A'an aku dah belikan booster seat pulak.. Pon sama, beli kat warehouse sale My Dear. Okayla... kualiti takleh la banding ngan Graco ke kan.. Tapi insyaAllah tujuan pemakaiannya sampai. Nak buat pusaka tu tak bole la kot.

Satu benda la yang tak bestnye pakai carseat ni, orang tak bole tumpang kete aku. Yo la... anak baru dua, tapi kete dah penuh. Kalau kata ada adik2 aku nak tumpang ke hape, terpaksala bukak carseat tu. Kemain lagi sakan la anak2 aku berjoget dalam kereta. Ya Allah, murahkanlah rezekiku. Mudah-mudahan dapatla beli MPV, bole bawak tok neneknye smua jalan2.

Ni antara koleksi gambar2 budak2 ni dalam carseat. hehe


abg long...


amboi tido... skrg dah takde habit dia tido letak tangan kat kepala camtu.

hahaha

umi senang nak hulur-hulur susu ke dari depan...

ni lak adik, masa ni 3 bln kot

now.. susu terbalik pon dia tak perasan.. tertido sudah..

Thursday, December 2, 2010

blogging time!

assalamualaikum...

tibala masanye untuk aku makan.. sambil2 menyempatkan diri berbloging. pelik... blog ni pada asalnye seperti sebuah diari online. tapi.. open to public. ko biar betul diari open to public. hehe.. takdela.. ko jgn la tulis yg bukan2.. crush on somebody ke.. haru la kalau kantoi kan..

kay.. back to my table.. ada semangkuk rojak mamak.. courtesy of irtech.. hehe.. tochei2.. shedap.. so kali ni apa aku nak mengomel ek..

ha.. teringat aku sebuah pengalaman MISTERI... shhh... sila wujudkan suasana seram di persekitaran anda ye.. kasi moooood.

last week.. mr hubby outstation again for 5 days.. so merempatla aku anak beranak kat umah mak.. psst.. bukan tak berani tinggal sendiri.. tp since my mom baru je start menjadi pesara bertauliah, so.. takpela.. jomla kami memeriahkan suasana di rumah tersebut. koman2 takdela tok umi boring gaban bila tok abah 'zzzZZzz' je kan. itu pon aku berjaya pujuk2.. kenyit2 mata sket ngan umisha.. ajak dia lepak umah mak skali. so oraitla...

one fine night.. fine ke? hehe.. tidola aku kt tilam nipis tengah2 maklak tu.. tgh2 umah ye dlm erti kata lain. perkataan maklak tu org johor je tau. tu pon klau celup2 johor memang tak sempat khatam le. tetiba around 2 3 pagi.. abg long kejut aku.

"umi... abg long tak dapat nak baca fatehah la.." memang kebiasaannye every night, ang long akan baca doa tido, fatehah and 3 Qul. tapi malam tu.. aku tertido dulu.. so tak sompekla nak meneman dia baca segala surah tu. tu yg tetiba teringat belum baca agaknye...

then aku pon tolongla dia baca smpai abis. then suruh dia tido kat tempat dia smula. tapi pastu dia macam tak leh tido, resah. dia datang kat aku.. kata tak bole baca fatehah lagi. hmmm.. ada la tu dia mimpi ke hape agaknye.. so aku bacakanla.. then tepuk2 dia. baru je macam nak terlena... tetiba dengar bunyi nafas dia kencang. macam takutkan sesuatu sesangat. berderau la kan darah aku.. cecepat aku peluk and tenangkan dia.. bacakan surah2 sket.. tapi entah kenapa.. suasana hening sangat.. rasa semacam.. sampai aku baca ayat kursi pon sangkut2. sengal betul la. aku zikir je la sampai tertido.

misteri tak? hehe..

okay.. kita citer mende tak misteri lak.. masak-masak time! aku ni memasak memang ikut mood. tengokla.. kalau datang mood memasak dia.. tetengah malam pon aku nak memasak. tapi awas.. janganla masak dalam keadaan tergesa-gesa or kelam kabut. nahas jadinye. dah 2 kali terjadi kt aku. aritu wat kek pisang tgh2 malam buta. tak keluarkan dari oven. esoknye.. boleh baling ke dinding kek pisangku.. second time last weekend. cuman sekeluarga datang tido rumah aku. so petang masa dorang sampai tu.. aku mmg tak prepare apa2 la.. sbb aku plan dinner je. haha.. tup2 petang dah sampai.. takkanla takat hidang keropok je kot. aku pon terkocoh2la bancuh nk wat kek pisang. well selama ni kek pisang aku mmg sedap. tup2.. lepas dah masuk oven separuh jalan.. baru aku teringat aku tak letak gula langsung! so? hehe.. selamat jalan romeo la...

aritu aku ada try buat roti jala.. since mr hubby mmg suka mkn roti jala.. nakla menerai menjala kan.. searchla resipi kt tenet... okayla.. menjadila jugak... tapi aku lawan ngan kaya pandan je.. tak buat kari sbb pikir anak2 nak makan kang pedas lak. tengok2 dorang dok 'enaknya dimakan begitu saja.." hmm...



tu menu bekpes.. pastu.. terai wat pizza lak.. asyik nk pegi pizza hut je.. mana larat kan.. taula dekat.. tapi hagak2la kan.. so teraila jugak.. dan inilah hasilnye.. pizza kedekut topping.. sebab mozarella gila mahal..




hmmm.. so itu je la projek ujung minggu aku... malam tadi terai buat 'apam marmar' lak.. haha.. ntah mana silapnye.. apam aku jadi bingka. rasa ada.. rupa tiada.. tapi tetap laju... weekend ni apa pulak aku nak try ek.... tapi aku sure.. mr hubby mesti lagi suka kalau aku wat nasi ayam.. nasi ayam.. nasi ayam... itu je la yang dia mintak. taula nasi ayam umi sedap.. hehe..

my hubby's fav...