Friday, August 22, 2014

Happy 9th Anniversay Abang..

9 tahun yang sempurna.

Assalamualaikum...

Untuk entry kali ni, korang jangan nak gelakkan aku pulak... kali ni kita 'dalam hati ada taman na..'

9 tahun kini usianya
Bermula dari ikatan yang mulia
Suka dan duka dilalui bersama
Mengharung badai membelah lautan
Mencari barakah dalam perkahwinan

Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Rajukmu adalah kelemahanku
Air matamu adalah kesedihanku

Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Kau mengingatkan pada alpaku
Kau penyuluh pada kegelapanku
Kau peneguh pada pandanganku

Dihati ini
Aku hanya ingin kau tahu
Betapa kasih sentiasa padamu
Betapa rindu sering bertamu
Mengharapkanmu sentiasa disisiku

Aku tahu
Bahawa dirimu
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah sekuat Hajar dan Sarah
Tidaklah setulus Zulaikha
Tidaklah secantik Balqis

Kerna
Aku jua tahu
Diriku tidak semulia Rasulullah SAW
Tidaklah seteguh Ibrahim
Tidaklah setampan Yusuf
Tidaklah sehebat Sulaiman

Namun
Kita hanyalah umat akhir zaman
Yang punya impian dan harapan
Agar dikurniakan keimanan dan ketaqwaan
Dianugerahkan keturunan yg soleh dan solehah
Buat bekalan di sana kelak

Ya Allah...
Hanya doa padaMu kumohon
Berikan kekuatan pada aku dan isteriku
Membina rumahtangga bahagia
Sehinggalah tiba masanya
Engkau menjemput kami pulang

Happy 9th Anniversary Sayang


20/08/2014 3.30 am baru terbaca. hehe.. Sori abang.. sibuk sangat layan anak-anak... hampir2 terlupa. Mujur bangun mengepam.. belek2 henpon baru perasan. 

9 tahun.. Lama ke? Kejap ke? Subjektif. Bersyukur dengan apa yang telah Allah rancang untuk kami. Abang.. you might not the best... but you are the best for me. Yang sudi layan celoteh tak henti2 ni.. yang membebel tak sudah2 untuk benda2 yang entah apa2. haha... itula kontra kita. Sorang relaxxxx aje.. sorang lagi.. semua nak kecoh. wakakaka.. 

Semoga Allah pelihara rumahtangga kita, beri petunjuk yang terbaik untuk kita, beri kesabaran yang tinggi buat kita sama-sama harungi segala dugaan. Semoga Allah jadikan anak-anak kita anak yang menjaga agamanya. Amin

No comments:

Post a Comment