salam all..
mula2 nk say thank you, terima kasih, xie xie ni, tochei kt sedara mara yg datang melawat last weekend. Hati seorang ibu, walaupon bukan anak sendiri yang kena, tapi melihatkan anak sekecil A'an dan Zaza menanggung semua ni, pasti diruntun pilu kan? usahkan hati ibu, hati kental sang bapa pon bole tewas...
anyway.. thanx ayah tlg update blog umi. kelakar pulak rasanye baca coretan ayah. barula tau camne ayah rasa... see? ayah lagi mellow dari umi tau. Umi still ok... stronger n stronger day by day for the kids.
ha.. satu lagi.. there is something I need to clear up here. Those bisul2 bukan eczema ye... itu proses healing crisis. satu tindakbalas penyembuhan. A positive sign actually. Itu menunjukkan healin tu ada tindakbalas dgn badan. Sebelum ni.. apa2 supplement yg diambil.. walaupon dah habis berbotol2.. tak nampak apa2 perubahan.. samada worse or better. so now.. aku cuma berharap... selepas segala apa yg anak2 ini dah lalui... semoga eczema ini benar2 sembuh... n membolehkan mereka melalui zaman kanak2 dgn riang.
Tengok gambar ni.. A'an at taska... ada aktiviti luar, rabbit and birdie. kawan2 lain riang kejar rabbit. tapi a'an? dalam gambar random macam ni pon, sempat tertangkap gambar dia tengah menggaru. Bayangkan camne dia dalam kelas. Kalau kat rumah pon, nak suruh buat homework.. tergaru sane tergaru sini.
ini pulak gambar zaza dalam kelas. tgk tu tangan tengah menggaru. apa perasan anda seorang ibu bila tgk gambar ni? tak terbayang aku camne keadaan anak2 aku kt sekolah. gatal sane sini. takkan nak harapkan teacher kt taska. walaupon dah pesan itu ini, tapi mereka pon tak mampu nk buat. aku faham tu... sedangkan aku sebagai ibu pon ada terkurang sane sini, takkan aku nk harap kt teacher tlg sapukan ubat kt anak aku sepanjang masa.
Ini keadaan tangan A'an. SENTIASA macam ni. ini kira the best condition la. kering.. kasar.. merah n bengkak. tak dilupakan.. gatal.
ni pulak kaki dia. jari2 kaki tak pernah hilang from eczema. kering.. and pecah2. tapak kaki.. merekah. sampai bila?
ni kaki adik pulak. eczema adik teruk kt bahagian sendi2.. esp belakang lutut, siku n pergelangan tangan.
her elbow. kering, merah, menggelupas dan gatal.
Kalau inila ubatnye untuk sembuhkan A'an n Zaza, kembalikan keceriaan mereka melalui zaman kanak-kanak, bersabarlah. Semoga Umi dan Ayah kuat semangat untuk anak2. Umi tau, jauh di sudut hati ayah, tak sanggup tengok anak2 mcm ni kan? we need to do something. sampai bila abg long nak bergantung dgn steroid cream, anti histamine syrup? atau.. kita nak tunggu, tunggu, tunggu sampai dia kene ejek dgn kawan2 nanti bila dah sekolah? No. I cannot imagine that. Umi lebih rela anak2 sakit sekarang kerana berubat, daripada nanti dia rendah diri, malu dengan kawan2, takde konsentrasi, hilang nikmat jadi kanak2. The effect will be far worst than what u can imagine.
Sebelum ni pon, macam2 food yang abg long tak bole makan. Ketam? Udang? kacang? semua nye pantang. itu pon... umi dan ayah baru berkira2 nk avoid ayam. sebab apa? sebab tak tahu apa allergiknye. smua dah avoid. susu dah tukar soya. tapi tetap tak baik2. why? sebab bukan food allergik. tapi dust mite. and dust mite is veeery hard to avoid. so harap2 la selepas ni kalau bukan sembuh sepenuhnya pon... biarla kurang eczemanye. biarla abg long bebas nk makan seafood. bebas nk main basikal kat kampung. bebas nk main dgn kawan2. selama ni.. semuanye terbatas. nk main kotor2 dah kene jerit dengan umi. No! umi bukan geli or apa.. tapi a'an mmg tak bole main pasir, nanti habis satu badan naik ruam. main lebih2 berpeluh2 pon akan naik ruam. camne tu?
haritu call Prof Hassan refer kt dia pasal dah stop Imunol pon.. tapi bisul2 tu masih ada. Dia kata.. yes.. mmg akan keluar bisul2 tu.. it takes about 3 weeks.. then baru akan lega ansur2. What? 3 weeks? huhu.. baru seminggu.. ada lg 2 weeks to go? huhu... then... Umi dah apply long leave. siap kene ngadap bos lak tadi.. sib baik approved. so esok ayah cuti, pastu umi akan cuti jaga abg long n zaza smpai sembuh k... hari ni Tok Abah n Tok Umi yang jaga Abg Long and Zaza. Tapi kesianla... tak bole berehat pulak dorang nanti. Dah pencen2 ni kene jaga cucu pulak. Apa kes? takpela.. nnti umi cuti lagi umi jaga k...
sekarang ni... waktu tengahari adalah waktu yg mencabar utk abg long n adik. sbb masa ni dorang akan rasa gatal2. pagi2 lepas mandi akan sapukan Derma X Premium cream. pastu dorang ok aman damai. siap bole main badminton lagi.. (dalam keadaan duduk sbb tapak kaki ada bisul).. bila tghari je.. masa tu mula la masing2 tarik seluar.. garu sane sini... ha.. masa ni mmg umi tak jadi keje lain... dok belai anak.. sapu vaseline.. usap2.. on aircon... usap... usap.. usap.. smpai tertido. lepas asar la baru berjaya lunch. huhuh..
until we meet again. insyaallah sepanjang umi cuti nanti... umi akan amanahkan kat ayah untuk blog k..
p.s: oh.. lupa lak.. pictures kat taska tu.. credit to FB Taska Fantasia Alam. Thanx Teacher Ina...
No comments:
Post a Comment