Friday, November 4, 2011
Excited Parents
Am I? haha.. Entah tergolong ke tidak ek... Tapi most parents memang akan mengharapkan and menyediakan the best for the kids kan. Although 'the best' may vary among parents. Setiap parents mungkin menetapkan apa priority untuk anak-anak mereka... begitu jugak aku dan suami. Tidakla sampai ada gantt chart ke.. flow chart ke gantung kat bilik... tapi imaginery la kot kan...
Well.. mr hubby... sanggup menggores berkali-kali sehingga berdarah2 sang kad plastik, untuk mendapatkan set-set bacaan, early readings and macam-macam alat bantuan belajar. Yupp... dalam setahun or dua tahun... bayaran ansuran bulanan selesai... oopps... menambah pulak yang lain...
Set Learn English with Ben and Bella, dan terbaru ni Logico Primo by Grolier pulak... hehe.. Tapi pada aku.. semuanya akan rasa berbaloi bila anak-anak duduk menggunakannya, bukan dibiarkan berhabuk di rak. Tu tak termasuk lagi yang beli secara impromptu dan jugak beli masa terjumpa Popular, MPH ke kan.. haha.. ada saje yg TERambil.
Early Reading Series Peter and Jane melambak2... tapi sang anak baca baru level berapa. hahaha... sebabnye.. hok tu kene baca berteman.. bukan suku kata ke hape.. itu kelemahan Peter and Janes tu... kalau anak-anak diajar dengan kaedah membaca suku kata, atau phonic, koman2 jumpa perkataan baru dia leh gakla merangkak2 mencuba nak menyebut. Klau budak2 yang pandai hapai keyword aje.. nganga ajela tunggu sang ibu mengajar kan perkataan baru tersebut...
Lagi? Belum lagi masuk buku-buku Mari Membaca la... buku-buku arts, buku puzzle, bedside story telling book, iqra' la.. mari menulis, mewarna, sticker.. macam-ada....
Adakah anak-anak hanya akan 'pandai' dengan membaca buku melambak2? Subjektif. Ada budak yang bole concentrate on reading in hours... and ramai yang tak bole. Depends jugak pada definition 'pandai' yang mak pak dia sendiri terjemahkan. Kalau kata bole baca Malay, English, Jawi, do the maths dengan baik is the only pandai.. it is up to you.
Kengkadang... kesian anak-anak zaman sekarang ni... tanggungjawab mereka berat. Seberat nama mereka. Ada seorang pakcik ni, bila dia baca nama anak-anak dekat taska, berbelit2 nama anak-anak zaman milenium ni, dia cuma kata... berat nye nama anak2 ni nak bawak. Gulp! Yupp! Nama itu bukan sekadar doa, tetapi ia juga datang beserta tanggungjawab dan maruah.
Pagi ke taska. Di taska seawal usia 2 bulan dah ada aktiviti. Golek-golek ka.. lukis-lukis ka... membaca ka.. macam-macam ada. Zafirah... usia 2 tahun. Aktiviti lebih kepada art. Menconteng, mewarna, puzzle, mengenal gambar, counting, abcs, expressions.. Pergi taska bukan sekadar main panjat2.. So far alhamdulillah... dia lebih berani nak cuba something new.
Anuar... usia 5 tahun. Di taska belajar membaca Malay, English, jawi. Fardhu A'in, computer class, public speaking, art, maths, science. See? Anak-anak sekarang seawal 5 tahun dah belajar science ye... Umi dulu... sekolah rendah baru belajar Alam Dan Manusia ye... hehe.. now 5 tahun dah kenal Jupiter! Tu tak masuk lagi tahun depan... enroll ke tadika pulak... insyaallah Abg Long akan enroll ke Genius Aulad. Untuk polish his English, and strengthen his base in Islamic way of life.
Itu cerita pagi... Tengahari akan transit ke taska jugak... seperti biasa.. pilihanku tetap Taska Fantasia Alam. So petang dia ada kelas Mandarin, Iqra'. Patut ada kelas computer, tapi dia dah tamat semua syllabus untuk Technokids tu.. so main lompat2 je la time org masuk kelas komputer. hahaha.... Cuma yang best tahun depan... Adik (Zafirah) pon akan pindah ke Taska Fantasia Alam (House of Toddlers). Sekarang ni dorang berdua terpisah... Abg Long di HO Toddlers, adik di HO Babies. So bole sambung manja2 and gaduh2...
Hmm.. aku pulak aritu sempat jugak membeli Leap Frog Leapster Explorer dan Leap Frog Tag Reader untuk anak-anak. Buah tangan dari US kekdahnye. hahahaha.. Baru je berjaya connectla apala.. mcm2la kan... masa beli kt sane... USD59 untuk Explorer, USD19.90 untuk catridge game, USD39.90 untuk Tag Reader, USD17 untuk buku Tag. Bila survey2 kat sini... rasa nak nangis... uuaaa... sangat mahal ye.. Explorer tu RM399 regenye... huhuhuh... sekali ganda ye regenye... sangat sedih... tapi klau beli online dari amazon.com... boleh ka? tgk price better la dari beli kt Toy r Us ke.. cuma bab2 shipping tu... hehehe.. entahla...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment