Friday, July 29, 2011
Dari Kaca Mata Si Buta Bola
Salam..
Tetiba masing-masing sibuk bercerita pasal bola. Sana sini bola. Tak terkecuali la kakak-kakak yang baru feeling2 blajo tengok bola. It's me! haha... selama ni ada aku heran sang suami gi tengok bola? Sejak bila aku mengikuti perkembangan bola sepak tempatan? Sejak... sejak.. hmm... AFF aritu kot. Yess.. sejak tu. Masa tu begitu impressed dengan performance itu MIA (Mr Incik Apex) gelaran utk Mr Khairul Fahmi our excellent keeper. Sejak itu.. nama dia jadi mainan di bibir2 awek2 forum.. tak ketinggalan blog his awek... cik jejariruncing. BOOM! Terus jadi celebrity uols...
Since then.. Team negara mengorak langkah.. satu persatu.. lawan pulak kelab2 EPL sempena Asia Tour tu.. Masa AFF.. aku tengok kat mapley MK Fathimah. Pastu the rest.. tengok kat 801.. and suprisingly... this World Cup Qualifier aku tengok LIVE kat STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL! haha.. sejarah tu pada aku...
Meh aku cerita serba sedikit eh.. Pada mulanya sang suami plan nak pegi sorang... then tetiba aku terfikir, klau ayah gi stadium, aku and anak-anak memang takkan tengok bola punye kt umah. Sure Abg Long demand nak tengok Ben 10, adik nak tengok Ben and Bella. Umi? entah.. takkan nak layan Saka Pergi Jauh-jauh kot.. apa kess.. So tercetusla idea kami berempat akan ke stadium...
Kos.. tiket RM30 x 2, RM5 x 2. Jersey RM69.90 (al-ikhsan) + RM30 (Bukit Jalil mari). Trompet RM5 x 2. Air RM1 x 6. Marsmellow RM1 x 2. nugget RM1 x 2. Burger RM1 x 2. Total = Experience.
Ayah siap amik leave hari Khamis. Pagi hantar servis kete, pastu kene gi ofis jugak walau dalam cuti. Then kol 3 balik and amik kereta. Umi pulak amik half day kol 3. wakaka.. kene apply gak.. nanti buncit perut. Balik umah bersiap2.. kol 5.15 amik anak-anak kat taska. Dorang dah siap mandi and pre-dinner. Biasa pre-dinner kol 4.30ptg. So okla.. aman..
Jamm?? hmm.. takla sangat.. tapi aku rasa excited lak tengok ramai orang berbaju kuning or biru menuju ke stadium. Dah mula kelihatan dari Shah Alam lagi. Sampai kat stesen LRT.. hmm.. dah kol 7 kot. Tak sure. Manusia? Giler ramai.. or.. bole jugak kot dikatakan ramai gile. hehe.. rata-rata pakai jersey 'home'. Aku yang pada awalnye takat pakai t-shirt kuning.. naik semangat lak.. sarung je la jersey 'away' kaler biru tu. Anak-anak.. ok. Sib baik dorang good mood.
Maghrib... solat dulu kat surau. hmm... satu benda aku respect.. walau masing2 kaki bola.. masih lagi ingat solat.. tapi dlm tu ada 85000 manusia.. majority melayu.. yg solat.. hmm.. satu per... emm.. entah.. baper ek aku nak bahagi.. paham2 je la.. :(
Then.. bermulalah 'perjuangan' nak masuk stadium. Mungkin sebab smua orang dah mula gerak masuk, so memang pack gile. Dalam hati aku berkata "Ni kalau jatuh, memang kene pijak le. Mcm kes kat terowong Mina tu. Tapi kt sane, klau jatuh n mati, dikenang org... ni klau jatuh n mati tengok bola.. alahai.. sedih." huhu.. sib baik selamat sampai. Ayah dukung Abg Long, Umi dukung adik. Sib baik sorang satu. Kalau tak.. takat tinggi Abg Long tu, sure sesak napas kene himpit. And also.. sib baikla aku ni dalam 'ayu' aku masih terselit daya juang yang tinggi. wakaka.. teringat zaman2 berebut2 nak naik Bas HBR kt Alor Star dulu.. ni berganda-ganda punye dasat tolak. bole kurus ko... masa ni aku rasa tobat dah.. takmo gi lagi.
Akhirnye... selamat masuk.. satu hal lagi.. aku rasa ramai yang masuk without ticket. Sebab masa aku masuk tu pon main tolak2 je.. tak dan nak koyak ticket.. so seat yang diperuntukkan untuk 85000 audience tu... haremm tak kelihatan. Dalam bersesak2 tu.. tetiba ada orang panggil aku. Syukur.. dalam lautan manusia camtu.. Malaysian masih punye perikemanusiaan... ada yg nampak aku bawak anak.. so dia panggil utk duduk kt kerusi.. so dapatla kami ber4 tengok bola sambil duduk ngan aman. Adik ngan Abg Long seronok tiup2 trompet. Sib baik la kat stadium.. takde la umi jerit2 bising. hehe..
Ok.. masa ni.. feel dah lain. SEMANGAT. dorang buat 'ombak' la.. jerit apa ntah. aku tak dengar perkataan apa pon. tau bising je. Tanye ayah.. ayah kata dorang sebut 'wo' je.. ek elleh.. ingat ada special sorak ke hape. Ma. Lai. sia! hehe .. time ni aku rasa sangat tak beradap bila ada audience yang jerit 'Loser' masa player keluar... ditujukan buat team Singapore la..
Then.. tiba masa national anthem. Ini pon satu perkara yang memalukan. Tak bole ke kita hormat National Anthem pihak lawan? Sangat tak bertamadun hokey BOO lagu kebangsaan orang. Cuba orang BOO lagu Negaraku kita? Bole? Next... lagu Negaraku.. dah bertahun2 rasanye aku tak nyanyi lagu Negaraku. Masa ni.. semangat serap beb... semangat aku nyanyi. Bukan orang dengar pon kan.. nasib la ke laut ke.. ke sungai. hehe..
Sepak mula.. semua semangat lagi.. dengan bunyi gendang.. trompet.. jeritan.. macam2 bunyi la.. bunyi kentut je tak kedengaran. hehe... Oh ya.. Lupa nak mention. Aku duduk di level ke 3, tengah2.. memang nampak full view. Walaupon jauh... tapi lagi best and clear banding tengok TV.. percayalah.. hehe. Aku tak jeling pon kat screen besar tu.
Pastu.. Sepanjang permainan berlangsung.. memang meriah dengan sorakan penonton. Habis first half. Masing2 tertanya-tanya.. mampukah nak capai 2-0 ni? 1st half berlangsung dengan hambar... 2nd half... penonton dah mula berang dan agresif. Gara-gara ke'LEMBIK'an pemain2 Singapore. Adoila.. cuit sikit dah jatuh tergolek2. Sib baikla tak banyak sangat kad kuning yg ref layangkan. Maybe sebab dorang dah bole agak, Singapore akan guna mcm2 taktik utk lengah2kan permainan. Penonton dah bengang. Macam-macam player kot yang jatuh tergolek. Sampaikan dia nye keeper pon tak ketinggalan nak berpengsan2 berjemaah gitu. Pompuan paramedik tu aku rasa semput berlari separuh padang. Sikit2 injured. Tak dinner ke hape?
Tak ketinggalan jugak pemain2 Malaysia yang tak menyengat. Lemah kat benteng pertahanan smua dah tau. Ni passing bola pon tak sharp. Ko nampak ke tak target nak pass kat sape? Budak2 kat side aku dah terjerit2 suruh player no 8 kuar.. Permainan bertambah mengerikan bila Aidil injured. Rita tweet kata Aidil call.. kata lutut dia meletup! huhu.. scary nye bunyi. Ye la.. masa 1st leg aritu dia tak main sebab injured. Tapi now dah ready to play. tup2.. injured semula. alahai..
Malaysia jaringkan goal dari Kunalan pass ke Safee... tapi masa ni ayah bawak Abg Long gi toilet. huhu.. Ayah.. u missed it. Umi takdela smpai melompat ke hape. Tapi bersorak la jugak... tapi tak lama pastu.. S'pore samakan kedudukan 1-1.. alahai.. ramai target 3-0. tapi bila S'pore dah dapat 1... masing2 dah mula putus harap. dahla masa tu dah minit 70 ke hape. S'pore masih lagi dengan taktik drama queen dia. jatuh tergolek. Tukar player pon.. player pekak ke hape tak reti2 nk kuar padang. smpai player m'sia mamat rambut perang tu apa ke nama dia.. amirul hadi ke.. kene tolak player s'pore tu keluar padang. hampeh tol.
Tu yang buat audience bengan gaban. mula smua botol air terbang. Now aku paham nape ada aksi2 camtu. tapi apa pon.... its not a good practice ok baling2 camtu.. mercun pon ada.. dengar citer ada main laser. tp aku tak ckup arif nak nampak camne ke cahaya laser yang diberitakan tu.
Kalah. 3-5, 1-1. so agregad 4-6. huhu.. kecewa. Ramai dah mula keluar. Tapi.. masa player M'sia gerak ke tepi padang... masih dengar sorakan dari audience. GOOD. camtula.. walaupon kalah.. tapi tetap ada di belakang. jangan pandai maki je kan. Ingat dorang happy ke kalah. huhu..
Keluar dari stadium... again... berjuang untuk keluar gate. akhirnye... 2 gate telah dirempuh. huhuh... baru la flow tu ada. klau tak.. stuck. bahaya betul. Masuk kete, adik makan burger, Abg Long minum air.. then.. TIDUR.
abg long bersama trompetnye..
adik siap bole baring2 lagi...
GOOD THING - semangat 1 Malaysia, perikemanusiaan masih ada ,
BAD THING - BOO, LOSER, rempuh pago...
SEKIAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment