Friday, December 3, 2010

Tajuk apa yang sesuai ek?

Carseat?

Pagi tadi aku baca berita pasal seorang bayi berusia 1 tahun meninggal setelah kepalanya terhantuk di dashboard (papan pemuka) kereta semasa kemalangan. Masa kejadian bayi tersebut dipangku oleh ibunya sahaja sementara bapanya memandu. Entahla.. aku sendiri taktau nak kata apa selain daripada rasa terkilan.

Ajal memang tak bole dielak. Tapi pasti rasa terkilan tu berbekas di hati. Sebagai seorang ibu, aku tak mampu nak bayangkan macam mana perasaan ibu arwah bayi tu. Mungkin aku tak cukup kuat untuk hadapi situasi camtu. Aku ni nampak je brutal, tapi ati ada sikit mellow. Haha.. dalam hati ada taman gitu org kata.

Okay, topik yang aku nak utara selatakankan hari ni ialah CARSEAT. Perlukah anak-anak diletakkan di dalam carseat sepanjang perjalanan? Jawapan aku SANGAT PERLU or hampir kepada wajib. Alhamdulillah aku terdedah dengan penggunaan carseat bayi ni sejak rajin mencari info keibubapaan di forum-forum online. Kalau nak kata pengalaman, memang tidakla. Zaman aku kekecik, manala ada carseat. Naik kereta pon jarang-jarang sekali. Tu yang aku mabuk jadinye - motion sickness gitu. Hahaha... malu den. Makanya, sejak lahirnya A'an, aku memang niat nak guna carseat untuk dia. Ye la.. Aku and hubby ni memang kaki rayap. Tambah2 lagi kampung ku jauh.... nun di Johor sane. Ko imagine nak memangku anak from Sekinchan to Kota Tinggi. 9 hours gakla kiranye. Macam-macam bole jadi...

So A'an memang aku dah didik duduk dalam carseat sejak... hmmm 7 months old kot. Tapi sebelum tu dah didik ngan carseat poyo2 je.. Masa 7 months old baru aku beli baby carseat yang 0-4 years old tu. Itu pon gigih aku berebut kat warehouse sale My Dear. haha.. Masa ni memang aku seorang bargain hunter tegar. Semua benda la aku beli kat warehouse sale... dari Anakku, Hytex, Pureen, My Dear, Padini, Poney, tu untuk barang-barang baby la... Termasuk jugakla barang-barang lain, sebab aku dah kemaruk warehouse sale. Pegi Corelle, pernah jugak pegi warehousesale apa ntah DKNS aku pon tak ingat, tapi barang2 rumahla. Electrolux pon aku pernah terjah, and tak dilupakan Macy warehouse sale - dapatla sofa and TV cabinet.

Oh ya.. Sebelum terlupa... hari ni ada warehouse sale Anakku. So rasa-rasanya aku dah tau apa plan aku untuk esok. Nasib baikla aku tau arini, kalau since semalam aku dah tau, mau aku amik half day kot. wakakaka... tak bole.. keje manyak lom siap. Anyway, insyaallah kalau takde aral melintang ke terlentang ke... aku pegila terjah esok. Segala stok mandian kat umah memang dah habis. Dah beberapa kali aku kene beli kat tesco. Walhal sebelum ni memang tak pernah beli kat tesco, mana tak nye beli kat warehouse sale untuk stok setahun. Dari mak bapak sampai ke anak, semua pakai shower foam Anakku. Sib baikla Johnsons2 takde buat warehouse sale.

Aik.. mane cerita carseat tadi? Hehe... melalut sudah. Sekarang ni, carseat A'an aku sudah kasi sama adiknya si Zaza. A'an aku dah belikan booster seat pulak.. Pon sama, beli kat warehouse sale My Dear. Okayla... kualiti takleh la banding ngan Graco ke kan.. Tapi insyaAllah tujuan pemakaiannya sampai. Nak buat pusaka tu tak bole la kot.

Satu benda la yang tak bestnye pakai carseat ni, orang tak bole tumpang kete aku. Yo la... anak baru dua, tapi kete dah penuh. Kalau kata ada adik2 aku nak tumpang ke hape, terpaksala bukak carseat tu. Kemain lagi sakan la anak2 aku berjoget dalam kereta. Ya Allah, murahkanlah rezekiku. Mudah-mudahan dapatla beli MPV, bole bawak tok neneknye smua jalan2.

Ni antara koleksi gambar2 budak2 ni dalam carseat. hehe


abg long...


amboi tido... skrg dah takde habit dia tido letak tangan kat kepala camtu.

hahaha

umi senang nak hulur-hulur susu ke dari depan...

ni lak adik, masa ni 3 bln kot

now.. susu terbalik pon dia tak perasan.. tertido sudah..

No comments:

Post a Comment