Salam,
Bukan rezeki kita.. itulah yang ayah kata. Yes..
Hari ni hari ke 4 aku berpantang. Hmm berpantangla sangat kan klau dah tengah update blog ni kan? Bukan apa, aku cuma nak menulis apa yang terjadi sebelum aku terlupa..
Ahad 16/12/12, aku mengalami bleeding. Actually semalamnye lagi aku dah mula bleeding, dah pergi Pusat Perubatan Umra, bila scan... doctor bole nampak sac, but tak nampak janin. Masa tu klau ikut last mense, kandungan dah 9 weeks. So doctor kata ada 2 kemungkinan : aku salah kira mense aku or, janin tak jadi. Hmmm... Doctor berharap aku salah kira mense.. tapi dalam hati aku dah terdetik, this is not good. Aku catit setiap date aku period. So chances utk salah kira tu agak tipis. Doctor bagi tempoh seminggu. Next week aku kene datang scan lagi nk tgk progress whether nampak baby or not. But IF bleeding makin teruk, just rush over.
Masa ni aku pegi dengan my sis - Shasha sebab Ayah takde. Kebetulan la sesangat... Ayah kene gi kursus kat Melaka sampai Isnin. Dugaan kan? Malam tu aku anak beranak tido umah parents. But kebetulan lagi... esoknye parents aku nak gi bercuti ke Langkawi. Dorang bertolak dalam kol 11 pagi. So dudukla aku kat rumah 3 beranak... But then aku tgk bleeding makin banyak. Aku inform Ayah. Ayah decide nak balik. So Ayah amik teksi from Melaka to Shah Alam.
Petang dalam kol 3 Ayah sampai. Masa ni aku dah mula rasa mcm... small contraction... ayyo.. decide pegi hospital terus. Rush to Hospital Sg Buloh. Dalam perjalanan rasa contraction tu makin ketara. Sampai hospital, sementara menunggu turn tu.. aku 2 3 kali gak gi toilet.. and masa ni I can feel something came out masa heavy bleeding tu. Bila sampai turn aku... doctor check, ultrasound bagai.. empty. There is no sac. :( doc tulis : complete miscarriage
Dia bagi jab kecutkan rahim kat pinggul... adeh.. sakit hokkay.. and tak perlu warded. Balik and esok kene datang semula utk pastikan. Jab tadi dah buat kepala otak aku lintang pukang, loya.. dah macam orang pregnant mual2 gitu. Sepanjang perjalanan aku cuba menidurkan diri tapi gagal sebab kebulur. Tak dan makan lagi weh...
Esoknye bangun pagi.. walla... dah sihat. takde rasa apa pon.. Pegi spital smula.. Doctor check.. dah bersih.. so tak perlu cuci.. lega. Bermulala kisahku berpantang di rumah..
Nak cerita ke kisah berpantang di rumah di jaga oleh suami? Hahaha... okla kan.. klau lepas bersalin.. lagi mudah nak berpantang sebab kita memang rasa sakit and ada baby. Bila miscarriage camni.. rasa skihat walafiat je.. bole je klau nak ajak gi shopping kan. But then.. dalaman.. mane kita nampak. So aku decide nak berpantangla setakat yang mampu. No ice at all.. tu pantang paling ketara la.. bertungku, makan phyonatal nak kurus nye pasal. Ye la.. berat dah naik sebab pregnant. So.. kenela kembali selim kan...
Apa pon.. apa yg aku nak coretkan di sini.. bukan sekadar cerita apa yg berlaku masa tu. But more to.. Allah Maha Mengetahui. Mungkin Allah tahu kami or aku sendiri belum sedia sepenuhnye. Dan mungkin benar kata doktor di Umra aritu.. janin tak jadi (Blighted Ovum).. so badan kita sendiri keluarkan.. tak perlu cuci2 bagai. Apa pun aku bersyukur Allah permudahkan segalanye. Walaupon telah Dia suratkan bayi ini bukan utk ku.. tapi Dia permudahkan segala urusannya. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat2 ia mudah. Masa kt spital tu baru aku tau kalau keguguran pon macam2 kes. ada yang baby dah seminggu takde heartbeat, tapi doktor biar utk keluar sendiri.. after 1 week tak keluar naturally, kenela buat D&C..
Syukur Ya Allah.. Kau Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kami.