Wednesday, June 27, 2012

Kongsi Bersama

Salam..

First sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak2 buat mereka yang masih memberi moral support buat aku sekeluarga dalam menangani masalah ECZEMA pada anak2. Hari ini.. aku mampu tersenyum bila mana ada beberapa pembaca blog ku yang menghubungi melalu fon, bertanyakan maklumat lanjut mengenai masalah eczema dan produk Healin yang aku amalkan.

Alhamdulillah.. sekurang-kurangya.. kita sama-sama berkongsi apa yang baik. Diakui.. bukan semua produk sesuai dengan kita. Ada yang bagus buat orang tu, tapi tak jadi apa kat kita. Sama jugak dengan produk Healin ni. Aku nak kata produk ni miracle sangat pon.. kelakar la kan.. tapi yang pasti.. pada mereka yang membaca coretan aku sejak dari awal tahun 2011, tahula keadaan anak2 sebelum menggunakan produk2 Healin ni.

Hari ini.. dah baik sepenuhnya kah? ohh.. tidak.. belum lagi. kaki.. kaki dan kaki je yang masih belum baik. kelemumur memutih di kepala hanya tinggal sejarah. Alhamdulillah. mandi minyak setiap hari? tidak lagi. berhabuk di mana2 tempat digaru, kulit2 mati di sana  sini sampai kene sapu? jauh sangat dah takde. syukuuuur. Kini.. masih menggunakan Derma X sebagai sapuan harian selepas mandi. Ku amik Imunol 2 kali sehari sebelum makan. * Untuk permulaan, Prof Hassan menasihatkan untuk ambil Zaniplus yang lebih mild. Bila Eczema hampir sembuh, baru bole ambil Imunol kerna Imunol ni bole bertindak mengeluarkan segala sisa2 eczema tu. Tu sebab masa mula2 aku amik Imunol dulu smpai keluar nanah2 segala.

Sabun Mirakel sebagai mandian harian, Syampu Penjagaan Kulit Kepala digunakan setiap hari. Memang nampakla perubahan positifnye. Cuma kaki je la yg masih ada.. Pulak tu dorang masih menggaru2 jugak.. Si Abg Long tu.. fav dia duduk kat sofa.. dahla sofa tu velvety camtu.. memang sure tempat kumpul dustmite. Tiap2 hari vacuum rumah termasuk sofa tu. Spray anti dustmite once a while. Haiyyo.. nk tukar sofa... baru sangat usia sofa tu.. sayang le... hehe.. tunggula nanti kot2 ada warehouse sale Lorenzo ke.. leh try. Selama ni terjah warehouse sale Macy je.. smua sofa fabric. klau Lorenza adala yg kulit kan.. tapi kene menabung sejak kecikla jawabnye.. hehe

Ok.. haritu.. ku try mixkan penggunaan hidrocort cream jugak.. tapi samaaaaa jugak. means.. steroidal cream pon, tak stop sepenuhnya.. masih on off. baikla ku pkai healin. Yess harga mahal. tapi.. ok la.. Klau ikutkan doktor kt Umra aritu.. dia mmg tak bagi steroid cream, tapi dia bagi Ezerra Cream n Cleanser... sebesar tube ubat jerawat oxy tu pon dekat 30 ingget. utk 2 orang.. sebulan ntah bape tube kene pkai. sama je lebih kurang ngan kos pkai healin. At least nampak improvement.

Aritu cuti kejap dari pkai Healin.. tukar pkai Psorcare. Okla jugak.. tapi still takde perubaha ketara. so switch semula ke Healin. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin. Buat parents di luar sana yang masih mencuba pelbagai cara untuk menangani masalah eczema ni... banyak2 bersabar, dan jangan putus asa.